Categories: Trending

Ibu Beyoncé Kongsi Gambar Anaknya Ketika Bayi Sempena Hari Jadi Queen Bey

Semalam, penyanyi wanita barat paling ternama di dunia sekarang, Beyoncé Giselle Knowles-Carter, telah menyambut tahun ke-37 sejak kelahirannya pada 4 September, 1981.

Ini dikira satu momen indah dan penting bagi BeyHive (nama fanclubnya) tapi rasanya tak ada siapa yang lagi gembira daripada peminatnya yang nombor satu – bonda tercinta, Tina Knowles Lawson.

Wanita berumur 64 tahun itu telah menggunakan platform Instagram untuk menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada Queen Bey.

Dan untuk foto bagi Instagram post itu, Tina telah kongsikan gambar Beyoncé ketika dia baru saja berumur 4 bulan. Comel sangat!

Dalam caption, Tina telah hulurkan sejuta kata-kata pujian, sokongan serta pelbagai heart emoji kepada anak sulungnya.

Dia juga tulis, ketika gambar itu ditangkap, susah betul dia nak control perasaan gembira, bangga dan kasih sayangnya terhadap anaknya itu. Awww

“Ibu telah berjanji untuk menyayangi dan menghargai kamu setiap hari, untuk seumur hidup ibu! Kadangkala ibu tak percaya yang dalam ramai-ramai orang di dunia ini, ibu telah dipilih oleh Tuhan untuk menjadi ibumu.” 

Waaah, rasa nak menangis dibuatnya! Jom tengok Instagram post ini dan baca captionnya yang menyentuh hati.

Sumber: Time

Ad Ops