Categories: Gaya Hidup

Susah Nak Lelap? Urut 10 Titik Tekanan Pada Badan Anda Ini Sebelum Masuk Tidur

Sesetengah orang memang tak bernasib baik kerana mereka dibelenggu insomnia, iaitu gangguan tidur.

Sesetengah orang lain pula tak mengalami masalah itu, tapi ada saja hari-hari di mana mereka susah nak terlelap.

Pernahkan ada lalui situasi sebegini? Jam menunjukkan pukul 3 pagi, esok nak kena bangun awal untuk pergi kerja, tapi mata tak nak pejam! Berpusing-pusinglah di atas katil dengan harapan dapat cari posisi tidur yang selesa.

Kalau tak boleh juga, ada beberapa cara yang kononnya boleh menolong, seperti memakai stokin atau meminum air the chamomile. Tapi jika anda nak tahu, teknik urutan pun boleh membantu!

Urutan di sini bukan merujuk kepada urutan seluruh badan, tapi hanya fokus di titik-titik tekanan (pressure points) pada badan anda.

“Lokasi” yang anda perlu urut termasuklah tepi bahagian pipi (berdekatan dengan telinga), cuping telinga, 1 inci di atas bulu kening, di tengah-tengah dahi serta kulit kepala.

Anda boleh rujuk video ini untuk mengetahui lokasi titik-titik itu dan cara mengurut.

Urutan pada pressure points ini boleh menghilangkan rasa ketegangan pada badan, lalu membuatkan ada rasa lebih relaxed dan lega. Nescaya tak lama lepas itu, anda akan terlelap.

Cubalah!

Sumber: Goodful

Ad Ops