Trending By: SGMS Enal November 23, 2019 @ 7:00pm

Iman, Badak Sumbu Sumatera Mati Hari Ini

Malaysia telah kehilangan badak sumbu sumatera terakhir berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya sejak Mac 2014.

Iman, badak sumbu Sumatera terakhir negara ini telah mati pada 5.35 petang tadi, lapor Jabatan Hidupan Liar Sabah seperti dipetik Bernama.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew, pasukan perubatan yang diketuai Dr Zainal Zahari Zainuddin di Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin berkata, masalah ketumbuhan di uterus haiwan berkenaan semakin memburuk sejak ia dikesan lima tahun lalu sehingga menyukarkan usaha untuk membuangnya.

“Masalah ketumbuhan pada uterus Iman didapati semakin membesar, sejak ia dikesan pada Mac 2014, manakala usaha untuk membuang ketumbuhan itu juga amat berisiko tinggi.

“Berat Iman juga menyusut kepada 476 kilogram kerana pemakanannya tidak normal dan terpaksa diberikan makanan tambahan, bagi menampung keperluan kesihatannya,” katanya pada sidang media di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu lalu.

Situasi Iman serupa dengan Puntung (Badak Sumbu Sumatera) yang terpaksa dimatikan selepas menghidap kanser yang membuatkannya menanggung kesakitan berpanjangan akibat percambahan sel kanser yang melarat, katanya.

Sebelum ini, Christina berkata kerajaan Sabah akan mengekstrak telur badak sumbu berkenaan (Iman) untuk disenyawakan dengan sperma badak sumbu sumatera di Indonesia melalui prosedur persenyawaan in vitro setelah melakukan proses perundangan dengan negara tersebut.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Jun 2021

Beri Kelonggaran Keluarkan i-Sinar Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Kelonggaran untuk mengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Sinar 2.0 secara bersasar kepada golongan yang terkesan wajar dilakukan oleh kerajaan. Menurut Pakar Ekonomi Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, KWSP perlu

Trending Mon, 8 Mar 2021
Featured Wed, 18 May 2022
Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO) Mesra Bersama Di Konsert, Peminat Setuju Jika Daiyan Trisha & Aedy Ashraf Bercinta!

Umum mengetahui, pelakon Aedy Ashraf dan Daiyan Trisha sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan keakraban mereka. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Aedy di platform TikTok yang memaparkan dia dan Daiyan berada

Trending Wed, 24 Jun 2020

Sebak! Ibu Melutut Depan Pegawai Polis Selepas Selamatkan Nyawa Anaknya 3 Tahun Lalu

Cukup sayu. Tular sebuah video di laman sosial media mengenai seorang wanita yang melutut di hadapan anggota polis selepas terhutang budi kerana menyelamatkan nyawa anaknya.  Kejadian yang berlaku di China itu bermula apabila dua orang anggota

| Live TV

error: Content is protected !!