Categories: Trending

Ingatkan guna wang beli buku, rupanya kanak-kanak ini gunakan RM15 untuk beli ‘Chicken Chop’. Geli hati!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Reaksi kanak-kanak kadangkala menggelikan hati dengan telatahnya yang naif dan spontan.

Dalam video yang tular dengan mendapat lebih 2,800 kongsian di laman sosial Facebook baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan disoal siasat oleh ibunya mengenai wang perbelanjaan yang telah habis digunakan.

Kanak-kanak yang dilihat menangis itu menjelaskan bahawa wang tersebut digunakan untuk membeli  Chicken Chop dan aiskrim.

Lebih menggelikan hati, dia membeli lebih dua pinggan makanan tersebut dan memberikan alasan bahawa ia terlalu sedap untuk tidak dimakan.

Menurut laman sesawang Viral News, kanak-kanak berkenaan, Nur Amira Amani adalah anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Menurut bapanya, Mohd Ridwan Alias yang berkongsi video tersebut di laman sosial Facebook, anaknya memang penyeri dalam keluarga kerana telatahnya yang bersahaja.

Beliau menjelaskan, pada hari sebelumnya, anaknya meminta wang untuk membeli peralatan sekolah seperti buku mewarna, namun  tiada tanda bahawa Amira membeli  buku pada keesokan harinya.

Setelah itu, barulah isterinya menyoal siasat anak bongsunya setelah pulang dari sekolah mengenai perkara tersebut.

Menyifatkan bahawa ia hanya gurauan mesra antara ahli keluarganya, dia tidak kisah jika ada netizen menganggap bahawa tindakannya memuat turun video tersebut ke Facebook adalah satu bentuk pembulian.

Ini kerana, itulah cara dia menyimpan memori dan kenangan bersama anak-anaknya. Jika ada yang tidak gemar, mereka tidak dipaksa untuk menonton video tersebut.

 

Sumber: World of Buzz

tex_admin