Trending By: Salma Syahbuddin June 18, 2021 @ 2:19pm

Inisiatif e-Payroll KWSP Bantu Kurangkan Kos PKS, Usahawan – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan,  inisiatif e-Payroll yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mengurangkan kos operasi dan mengoptimumkan sumber manusia sedia ada.

Kemudahan ini sekaligus membolehkan fokus PKS dan usahawan dikhususkan kepada urusan perniagaan seperti pemasaran.

e-Payroll yang diperkenalkan adalah penambahbaikan terhadap portal iAkaun (Majikan), bagi membantu dan mempermudahkan urusan tanggungjawab berkanun majikan, termasuk caruman KWSP secara digital.

Ianya juga sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menyokong keseluruhan rancangan infrastruktur digital nasional.

“Inisiatif e-Payroll ini juga adalah antara medium yang menyokong usaha kerajaan dalam mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif di negara ini,” katanya semasa berucap melancarkan e-Payroll KWSP secara maya pada Jumaat.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Tue, 11 May 2021

Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik Walaupun PKP Dilaksanakan

Umum maklum, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bakal bermula esok justeru terdapat beberapa cadangan  timbul mengenai pelaksanaan moratorium secara menyeluruh. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Tue, 17 Oct 2023

Mahu Puteri Sarah Bahagia, Patimah Ismail Titip Doa – “Mama Reda Pemergian Mu”

Sedihnya! Datin sayang sangat dekat Puteri Sarah ni🤧🤧🤧

Featured Sat, 24 Dec 2022

Menari Di TikTok Dengan Baju Seksi, Nadia Brian Diserang Komen Nakal

Tidak serik dikecam netizen kerana berpakaian seksi, pelakon Nadia Brian sekali lagi mengundang komen nakal di media sosial setelah berjoget menggunakan pakaian yang mencolok mata. @nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva 😍❤️ #NadiaBrian ♬ Calm […]

Featured Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!