Featured By: Ad Ops January 18, 2018 @ 4:15am

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut.

Fazura – Amal Minum Teh Hijau

Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat, pelakon ini juga makan jamu untuk kecantikan wajah.  Setiap pagi dia akan minum teh hijau sebelum bersarapan. Teh hijau kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan.  

Selain itu, Fazura juga minum air sebanyak lapan gelas sehari bagi membuang toksin dalam badan. Biarpun sangat mengambil berat tentang bentuk badan, Fazura tidak akan meninggalkan waktu makan semata-mata untuk kurus. Sebaliknya, dia memperbanyakkan buah-buahan dalam diet harian, elakkan makanan ringan serta ambil hidangan makan malam sebelum jam 8.00 malam. Jika berasa terlalu lapar di waktu tengah malam, Fazura akan minum coklat panas atau susu untuk mengalas perut. 

Satu lagi cara yang mungkin boleh anda ikuti ialah, Fazura mengamalkan pengambilan vitamin untuk menambah tenaga mahupun menjaga kecantikan kulit. Antara vitamin yang diambil oleh Fazura ialah Vitamin C, E dan B kompleks.

Beyonce Knowles – Bawa Diari Diet

Penyanyi antarabangsa ini punya cara tersendiri untuk mengawal pola pemakananya dengan baik. Beyonce tidak akan sesekali meninggalkan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Untuk mengelakkan rasa lapar di antara waktu makan, Beyonce sering membawa makanan kering berkhasiat seperti kekacang dan aprikot untuk mengalas perut. Hidangan snek ini selain daripada rendah kalori ia juga mempunyai rasa yang lazat.

Bagi mengelakkan dirinya terlebih makan, Beyonce sering membawa diari diet untuk merekodkan semua makanan yang telah diambil pada setiap hari. 

Kim Kardashians – Amal Diet Paleo

Kim mengamalkan  Diet Paleo yang melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Selain itu, Kim juga  tidak mengambil makanan ringan untuk hidangan snek. Sebaliknya dia makan kekacang. Untuk sarapan pagi, Kim gemar mengambil hidangan berkhasiat seperti smoothie yang diperbuat daripada buah-buahan segar, mentega kacang dan juga serbuk protein bagi memastikan perutnya kenyang sehingga waktu makan tengahari.

Lisa Surihani

Lisa Surihani pernah berkongsi cerita yang dia mengamalkan ‘Dukan Diet’ seperti  yang dipraktikkan oleh kebanyakan wanita Perancis, termasuk isteri kepada Putera William, Kate Middleton.

Jelas Lisa, Diet Dukan memerlukan pengamalnya menitikberatkan pengambilan protein yang disertakan dengan senaman sihat. Pengamal perlu melalui empat fasa diet iaitu The Attack, The Cruise, The Consolidation, dan The Stabilization untuk hasil terbaik.

Untuk fasa The Attack, pengamal diet ini perlu mengambil makanan tinggi protein selama 10 hari pertama. Fasa The Cruise bertujuan untuk menurunkan berat badan, jadi perlu makan banyak sayur-sayuran serta  makanan berprotein tinggi seperti di fasa pertama selama 10 hari.

Fasa The Consolidation pula bertujuan untuk pertahankan berat badan, jadi selain mengambil makanan seperti di fasa The Cruise, pengamal juga boleh makan pasta, roti dan buah-buahan. Masuk ke fasa terakhir, pengamal diet boleh makan sesuka hati selama seminggu. Tetapi hanya makanan yang dibenarkan untuk fasa pertama sehingga ketiga.

Nicole KARA

Bintang Korea ini mengakui dia mengamalkan diet Danish untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Diet yang diperkenalkan oleh  Royal Danish Hospital ini tidak membenarkan pengambilan karbohidrat. Sebaliknya perlu mengamalkan pengambilan protein tinggi dan kalori rendah selama 13 hari. Protein yang diambil juga harus daripada sumber haiwan. Jadi,Nicole melebihkan pengambilan daging berbanding makanan lain. Bagaimanapun, daging yang diambil itu mestilah bebas daripada lemak.

Erra Fazira – Makan Kerap

Pelakon Erra Fazira tidak percaya menahan lapar boleh menurunkan berat badan. Sebab itu dia memilih untuk makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit untuk memastikan berat badannya kekal langsing. Selain itu, Erra juga mengambil hidangan makan malam seawal jam enam petang. Jika pada sebelah malam dia berasa lapar, Erra akan mengambil buah-buahan untuk mengalas perut.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Oct 2018

Siling Hotel Roboh, Pekerja Bangladesh Jatuh Dari Ketinggian 40 Kaki

Mangsa yang jatuh dari ketinggian 40 kaki itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia

“Nanti Dah Cukup Duit Nak Bawa Pergi Makkah” – Wanita Sebak Nampak Ayah Masih Bekerja Walaupun Sudah Berusia Perasaan anak mana yang tidak sedih apabila melihat ayahnya yang sudah berusia masih bekerja untuk keselesaan anak-anak. […]

Trending Tue, 17 Apr 2018

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selain itu, dia juga dilabel ‘pilih bulu’ kerana hanya membuat persembahan yang boleh menaikkan namanya sahaja. Namun, Syamel telah tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Featured Wed, 18 Mar 2020

Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

Dikatakan merahsiakan penyakit yang dihidapi

Selebriti Sun, 31 Dec 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Tue, 1 Nov 2022