Trending By: SGMS Enal May 27, 2018 @ 6:02am

Jalani Pembedahan Buang 468 Batu Karang Daripada Hempedunya

Seorang wanita di China terkejut setelah doktor memaklumkan 468 biji batu karang telah dibuang daripada hempedunya dalam satu pembedahan.



Doktor yang melakukan pembedahan tersebut memeberitahu bahawa saiz hempedu wanita itu membesar sekali ganda akibat pembentukan batu karang di dalamnya, dengan sesetengah bersaiz 0.4 inci

Wanita itu ketika ditanya mengakui amat menggemari makanan bergoreng dan berminyak, menyebabkan doktor membuat kesimpulan bahawa tabiat permakanannya mungkin menjadi salah satu punca kepda masalah tersebut.



Bagaimanapun, pakar gastroenterology di United Kingdom menyangkal dakwaan tersebut memandangkan tiada bukti kukuh yang dapat menyokong fakta bahawa makanan bergoreng mampu menjadi punca kepada pembentukkan batu karang.



Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Chen pergi ke Hopital Jingdu di Wuhan untuk membuat pemeriksaan. Doktor yang membuat pemeriksaan ultrasound ke atasnya dan mendapati kehadiran batu karang di dalam hempedunya.



‘Ia membesar hampir sekali ganda. Hempedu normal biasanya bersaiz sebesar penumbuk,”kata Dr. Shen Zangyi, Ketua Bedah Bahagian Gastroenterology.




Chen turut memberitahu media bahawa dia sudah mengetahui bahawa terdapat batu karang dalam hempedunya sejak 17 tahun yang lalu, namun membiarkannya tanpa dirawat.



Sebaliknya, dia memilih untuk mengamalkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan mendaki. Bagaimanpun katanya, dia amat menggemari makanan berminyak.



”Saya pasti akan menjamah setiap makanan berminyak yang dihidangkan di atas meja,” kata Chen.



Menurut Dr. Shen, pembentukkan batu karang boleh dikaitkan dengan tabiat permakanan yang tidak sihat dan seimbang.



Batu karang kecil, yang terbentuk daripada kolestrol, mula terhasil apabila jumlah kolestrol di dalam hempedu meningkat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 29 Oct 2022

“Saya Tak Nak Bila Dah Tua Baru Nak Cari…” – DSV Mahu Cik B Cari Kekasih, Restu Anak Kahwin Muda

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) tidak kisah andai anak gadisnya ingin mencari kekasih memandangkan Cik B kini sudah genap 17 tahun. Memetik laporan mStar, usahawan terkenal itu merestui jika Cik B ingin berumah tangga […]

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Thu, 15 Sep 2022

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Aidil akui cemburu Fasha berlakon adegan panas dengan aktor lain, namun dia gembira diberi peluang untuk berlakon bersama isteri tersayang 🥰