Trending By: Salma Syahbuddin May 19, 2020 @ 2:19pm

Jangan Lepaskan Peluang Korang Untuk Saksikan Program Terbaik Syawal Ini Di TV3!

Bosan duduk di rumah sepanjang syawal ini? Jangan risau, kerana pihak TV3 telah menyajikan program-program menarik khas buat penonton setia mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Malah, kesemua rancangan terbaik sempena syawal ini juga boleh di tonton menerusi Youtube TV3 Malaysia tau!

Havoc Nak Raya

Dihoskan oleh pengacara popular, Sherry Al-Hadad dan Awal Ashaari. Havoc Nak Raya bakal menemui anda pada malam raya, 23 Mei 2020, jam 9 malam hanya di TV3 atau boleh menonton siaran ini menerusi Youtube TV3 Malaysia.

Havoc Nak Raya merupakan program talkshow yang akan berkongsi dengan penonton tentang persiapan artis-artis popular tanah air sepanjang syawal ini. Bukan itu sahaja, lelongan selebriti, tawaran raya eksklusif dan persembahan muzikal dari artis jemputan pun ada!

Studio Drama Sangat Raya

Kalau Havoc Nak Raya ada Sherry dan Awal, Studio Drama Sangat Raya turut dimeriahkan dengan Janna Nick dan Issey sebagai pengacaranya. Manakala, mereka akan ditemani dengan pasangan selebriti seperti Amyra Rosli dan Amar Baharin, Aiman Tino, Azlee Khairi dan Ungku ismail.

Bakal dimeriahkan dengan permainan yang disediakan, para artis turut berkongsi perkembangan terkini mereka dan berkongsi drama mahupun telemovie mereka di TV3 sepanjang raya ini.

Menemui penonton pada malam raya, bermula jam 11 malam hingga 12 pagi, Studio Drama Sangat Raya juga boleh ditonton secara LIVE di Youtube Drama Sangat

Melodi Raya

Kemeriahan syawal turut dihangatkan lagi dengan Melodi Raya 2020. Dengan konsep ‘Rumah Terbuka’, Melodi Raya kali ini akan menghimpunkan artis-artis popular tanah air dan akan berbicara mengenai perkembangan terkini beserta gosip panas mereka.

Opss! Bukan itu sahaja, persembahan nyanyian dari artis kegemaran korang pun ada tau! So, jangan lupa untuk saksikan Melodi Raya pada Hari Raya Pertama dan ke-8, bermula jam 12 tengahari hanya di TV3. korang juga boleh menonton secara LIVE menerusi Youtube TV3 Malaysia.

ICSYVMY3 Edisi Raya

Siapa pengikut setia program ICSYVMY, korang wajib tengok edisi raya ni pula okay!

Al-maklumlah, kali ini kita bawakan Ramlah Ram khas buat penonton semua sempena edisi raya tahun ini! Tak sabarnya nak tengok Kak Melah teka penyanyi sebenar kan?

So, korang stay tuned pada raya ke -8 ini jam 9 malam hanya di TV3. Korang juga boleh menonton secara terus menerusi Youtube TV3 Malaysia okay!

Senang Terhibur Extra

Wah, Ada Fafau lah!

Pastinya Senang Terhibur Extra meriah dengan kehadiran Fara Fauzana, Shuib dan Izzue Islam kali ini.

Bakal memeriahkan Hari Raya korang pada 31 Mei bermula jam 10.30 malam, Senang terhibur Extra akan bersiaran selama satu jam dan akan menampilkan pelbagai persembahan menarik dari selebriti tempatan disamping permainan dan komedi yang pastinya mencuit hati dari artis jemputan nanti.

Jadi apa tunggu lagi, set alarm untuk Senang Terhibur Extra okay! Korang juga boleh saksikan rancangan ini secara Live menerusi Youtube TV3 Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 29 Mar 2024

Pasangan Baru Kahwin Nak Sambut Raya Memang Sweet Macam Ni Ke? Hurm..

Baru kahwin ni memang best! Masa ni buat apa pun semuanya nampak comel je, nampak sweet je! Orang kata masa ni masing-masing masih blushing lagi dan antara sambutan yang paling ditunggu-tunggu ialah sambutan Hari Raya […]

Trending Tue, 18 Jan 2022

Terlibat Kemalangan Motosikal, Keadaan Azhan Rani Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

Pelakon Azhan Rani terlibat dalam sebuah kemalangan motosikal yang berlaku tengah hari semalam. Berita itu disampaikan oleh sahabatnya, aktor Beto Kusyairy menerusi kemas kini di laman Twitter. “Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan […]

Trending Tue, 23 Nov 2021

“Asyik-Asyik Jadi Jahat Je” – Mahu Teroka Sisi Berbeza, Dynas Mokhtar Tak Kisah Bawa Watak Tua

Pelakon Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 38, mengakui dirinya mahu meneroka sisi berbeza dalam bidang lakonan. Sering membawakan watak antagonis, Dynas inginkan kelainan dan sanggup mencuba watak baharu bagi mempelbagaikan […]

Featured Mon, 21 May 2018
Trending Wed, 20 Dec 2017

2018年选对吉日开工xtra好运

多数华人都会非常注重开工吉日,据说吉日开工,将可以确保在新的一年里顺顺利利。所以小编这里为大家整理了2018年开工吉日,大家不妨参考看看。