Categories: FeaturedTrending

Janna Nick Dedah Hidap Penyakit Bipolar, Pernah Cuba B*nuh Diri

Pelakon dan pengacara Melodi, Janna Nick mendedahkan beliau mengalami ‘bipolar disorder’ yang merupakan sejenis penyakit gangguan mental melibatkan perubahan “mood” atau perasaan secara melampau sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

Menurut Janna yang mendedahkan perkara terbabit di Instagram, dia telah didiagnos secara klinikal oleh doktor.

“Selama ini, saya menyangka otak saya berfungsi dengan normal seperti orang lain. Saya memang semua orang ada lebih dari tiga suara yang bermain dalam kepala.

Janna turut mendedahkan pernah berniat untuk membunuh diri pada usia 14 tahun.

“Pada umur 8 tahun saya nak mati. Zaman kanak-kanak saya tidak sama dengan rakan-rakan saya. Sepak terajang memang makanan saya sejak kecil. Saya cuba untuk bunuh diri pada umur 14 tahun dengan makan panadol dicampur dengan ubatan lain,” katanya lagi

https://www.instagram.com/p/CN9MULtso8k/?igshid=1cgfk0xpfhdcr

Datang dari keluarga yang tidak lengkap, bersekolah berjauhan dengan keluarga, pengacara itu berkata, sekali lagi dia cuba membunuh diri setahun kemudian iaitu pada usia 15 tahun dengan mengerat lengannya di depan adik perempuan beliau.

Perkongsian Janna mendapat perhatian daripada rakan artis dan para peminat yang membanjiri komen meluahkan simpati dan kata kata semangat kepadanya.

Bagi mereka yang menghidapi gangguan mental , segera dapatkan bantuan daripada doktor dan pakar kesihatan. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Individu yang memerlukan bantuan mengenai kesihatan mental, boleh menghubungi talian hotline MIASA di 03-7932 1409 dan 019-232 2423 atau menerusi email di alamat miasa.malaysia@gmail.com

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”