Categories: FeaturedTrending

“Tidak Bersentuhan” – Amyra Rosli Hormati Pendirian Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Pelakon popular, Amyra Rosli mengakui imejnya yang kini bertudung tidak menghalang beliau daripada terus berlakon.

Ketika ditanya sekiranya beliau meletakkan syarat dan batas untuk tidak bersentuhan berlakon bersama dengan pelakon lelaki, Amyra mengakui suaminya, Amar Bahrin memberi izin jika perlu melakonkan aksi bersentuhan namun harus berlapik.

“Suami saya memberi keizinan tetapi mestilah berlapik.

“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya”.

Walaubagaimanapun, Amyra bersyukur kerana pelakon lelaki yang bergandingan dengannya iaitu Saharul Ridzwan dan Izzue Islam sangat menjaga batas ketika melakonkan watak walaupun melibatkan adegan romantik.

“Saya betul betul menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan” katanya lagi.

Amyra Rosli akan muncul dalam drama terbaru iaitu Sabarlah Duhai Hati bergandingan bersama Saharul Ridzwan dan Izzue Islam. Sabarlah Duhai Hati akan mulai bersiaran pada 28 April 2021, stiap hari Isnin – Ahad pada jam 7.00 malam, hanya di TV3.

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”