Trending By: Padin June 22, 2021 @ 7:55am

“Jika Ada BF, Saya Lalai… Rasa Nak Berkepit Je” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul mengakui dirinya masih solo dan tidak menjalin hubungan cinta dengan mana-mana jejaka.

Jarang membuka topik mengenai cerita peribadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 28, masih belum terbuka untuk mempunyai kekasih dalam masa terdekat.

“Saya masih lagi solo tetapi tak minat untuk bercinta buat masa ini. Kalau bercinta, saya sendiri risau diri saya larut dalam emosi sehingga mengabaikan fokus utama dalam bidang nyanyian.

“Kali terakhir saya mempunyai kekasih hati adalah pada tahun 2014. Selepas itu, saya terus single sehingga ke hari ini. Sejujurnya, sekarang bukanlah waktu terbaik untuk saya bercinta atau ada teman lelaki kerana saya mahu meletakkan fokus kepada kerjaya.

“Saya sendiri tahu, Aina Abdul ni bagaimana orangnya, kalau bercinta nanti, dia akan lalai, dia akan leka. Rasa asyik nak berkepit je,” selorohnya.

Pelantun lagu Semalam ini juga mempercayai Allah sudah mempunyai perancangan terbaik untuk dirinya.

“Apa yang saya cakap ini hanyalah pandangan saya sendiri. Bukan bermakna kalau kita semua ada teman lelaki, kita akan lalai… tidak. Saya tujukan secara peribadi kepada diri saya sendiri sahaja.

“Saya sukar nak seimbangkan dua perkara dalam satu masa. Saya selalunya akan ada dua pilihan, sama ada saya akan terlalu fokus berkerja atau akan asyik bercinta.

“Saya percaya, pasangan yang ideal akan hadir sendiri. Tak mengapa, kalau tak ada kekasih sekarang, mungkin lelaki itu akan datang dalam hidup saya pada waktu yang tepat. Jodoh pertemuan aturan Allah, siapa tahu kan?” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Dengan Lagu Duet, Daniesh Suffian Tumpang Populariti Aina Abdul?

Aina ditemui pada sesi sidang media virtual pelancaran single Warna Warni duet bersama penyanyi Daniesh Suffian semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Single ciptaan Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Mas Dewangga ini merupakan usahasama antara MonkeyBone dan platfom penstriman filem, tonton CINEMA.

tonton CINEMA merupakan sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

“Saya sendiri teruja kerana saya menyanyikan lagu ciptaan orang lain. Semua berjalan lancar dan saya juga gembira kerana dapat berkolaborasi dengan Daniesh.

Jangan lupa dengarkan lagu Warna Warni duet antara Daniesh dan Aina di semua pelantar digital dan di laman YouTube Monkey Bone.

Untuk lebih informasi mengenai tonton CINEMA, jangan lupa layari https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton di App Store & Play Store!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Apr 2023

[VIDEO] Mesra Santuni Keluarga Mentua, Netizen Sepakat Fazura Wajar Jadi Isteri Contoh – “Susah Dapat Menantu Ikhlas…”

Alhamdulillah ❤️❤️ Tak semuanya diberi peluang untuk merasai kasih sayang ibu mentua. Untung Faz

Featured Mon, 8 Jan 2024

[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Aww, sukanya tengok bila Anisha senyum dekat Putera Mateen dan bakal MIL🥰🥰🥰

Hiburan Fri, 26 May 2023
Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

Trending Thu, 12 Mar 2020
Trending Thu, 14 Nov 2019
Trending Fri, 7 May 2021

Positif Covid-19, Penyanyi Baru Aliff Iskandar Semakin Pulih

Penyanyi baru, Aliff Iskandar berkongsi khabar gembira apabila dirinya semakin sihat setelah positif Covid-19 kira-kira seminggu yang lalu. Pelantun lagu Perit yang menjadi OST drama Rahimah Tanpa Rahim ini sedang berada di pusat kuarantin di […]