Categories: Trending

Jodoh Pada Usia Emas, Terima Kasih Facebook!

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pasangan ini apabila jodoh mempertemukan mereka semula selepas 25 tahun terpisah! Macam dalam drama bukan?

Pasangan Husin Ahmad, 65 dan Loyah Embong, 50 yang kali terakhir berjumpa pada tahun 1980 ketika lelaki itu masih berkhidmat di kem tentera Seri Pantai, Terengganu.

Jodoh tidak berpihak kepada mereka apabila Husin berpindah ke kem lain namun dengan bantuan medium Facebook, akhirnya mereka disatukan.

“Saya tidak sangka kami akan bertemu semula dalam situasi di mana kami berdua berstatus bapa dan ibu tunggal.

“Kami bertemu di Facebook. Kami berhubung antara satu sama lain dua minggu sebelum berkahwin, Februari lalu,” katanya kepada sebuah portal tempatan.

Pasangan ini turut mendapat insentif daripada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di Kuala Terengganu. Tahniah pakcik Husin dan makcik Loyah, semoga kalian bahagian hingga ke jannah…

SGMS Faida