Trending By: Yanie Baharom July 9, 2018 @ 6:00pm

Justin Dan Hailey Bertunang, Bye Bye Selena Gomez

Meski tiada sebarang pengumuman rasmi dilakukan, namun desas-desus pertunangan penyanyi pop, Justin Bieber dan Hailey Baldwin, pastinya membuatkan ramai gadis berdukacita terutamanya mereka yang pro kepada bekas kekasih Justin, Selena Gomez.

Menurut laporan TMZ, bintang pop berusia 24 tahun itu melamar Hailey semasa mereka bercuti di Bahamas Resort. Sebentuk cincin berlian yang dipakai oleh supermodel itu dipercayai cincin pertunangan mereka sekaligus memperkuatkan gossip yang bertebaran.

Bahkan salah seorang saksi yang menyaksikan momen indah itu memaklumkan, pengawal peribadi Justin turut meminta pengunjung restoran tersebut untuk tidak menggunakan telefon pintar mereka buat seketika atau erti kata lain membuat rakaman semasa Bieber membuat lamaran itu.

Kedua ibu-bapa kepada Justin juga seolah mengiyakan berita itu menerusi laman sosial mereka.

Jeremy, bapa kepada Justin telah memuat naik sekeping gambar anaknya itu di Instagram dengan kapsyen “Teruja untuk fasa yang seterusnya”, manakala ibunya pula Pattie Mallette menyampaikan kegembiraannya menerusi Twitter.

Foto: OK Magazine

Justin dan Hailey sebelum ini pernah memutuskan hubungan namun kerana rasa kasih dan cinta yang mendalam, mereka akhirnya kembali bersama. TMZ turut melaporkan yang mana pasangan ini berhubungan semula selepas Justin memutuskan hubungannya dengan Selena Gomez.

Sedikit info tentang  Hailey iaitu dia pernah muncul di dalam majalah American Vogue, Marie Claire dan Harper’s Bazaar di Sepanyol. Bahkan dia juga pernah menjadi model kempen, video muzik dan program televisyen.

Hailey merupakan anak kepada Stephen Baldwin, aktor dan penerbit yang pernah membintangi beberapa filem seperti Born on the Fourth of July, The Usual Suspects dan The Flintstones in Viva Rock Vegas.

Semestinya berita pertunangan Justin dan Hailey ini adalah satu berita gembira buat mereka dan keluarga, namun tidak dinafikan yang ramai pengguna media sosial meluahkan rasa hampa dan kecewa mereka pabila mendengar berita tergempar ini kerana akhirnya bintang kegemaran mereka mahu menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Foto: www.tmz.com

Sumber: TMZ 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022
Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Featured Sun, 16 Oct 2022
Sihat Wed, 25 Sep 2019

3 senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah ketika jerebu

Senaman ringkas, tapi impak luar biasa