Categories: FeaturedTrending

Kajian Terbaru Dedah 81% Rakyat Malaysia Bimbang Hilang Kerja Akibat COVID-19

Sebanyak 81 peratus rakyat Malaysia dilaporkan menghadapi kebimbangan kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan EMIR Research pada suku keempat tahun 2020, ia merupakan tahap kebimbangan tertinggi berbanding kerisauan terhadap ancaman COVID-19 yang dibawa oleh pendatang asing tanpa izin (PATI), kualiti pendidikan, gaji yang tidak mencukupi masing-masing pada kadar 79 peratus.

Responden dari kawasan bandar diihat lebih tinggi kebimbangan mereka berbanding kawasan luar bandar.

Enam perkara yang membimbangkan iaitu kehilangan pekerjaan, gaji tidak mencukupi, ancaman COVID-19 dibawa PATI, peningkatan tahap hutang negara, kesihatan mental dan tekanan perasaan; dan masa menunggu untuk berjumpa doktor,” jelas kenyataan itu.

Manakala, dari sudut pendapatan isi rumah pula, responden bergaji RM3,001 sehingga RM5,000 juga menunjukkan tahap kebimbangan tinggi berbanding golongan berpendapatan rendah RM1,500 ke bawah.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”