Categories: FeaturedTrending

“Jangan Bagi Kami Harapan..” – Netizen Kesal KWSP Umum Masalah Teknikal Dalam Permohonan i-Sinar

Umum maklum, status permohonan i-Sinar KWSP kategori dua telah diluluskan selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Namun sejurus selepas itu, KWSP mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa pihak mereka sedang mengalami masalah teknikal berhubung paparan status permohonan i-Sinar.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Menerusi tinjauan di laman Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan perkara tersebut.

Ada segelintir yang risau kerana mereka memerlukan duit KWSP dengan segera.

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”