Trending By: Padin May 1, 2021 @ 3:16pm

Kamera Hadapan 44MP Dengan OIS, vivo V21 Hasilkan Imej Bertaraf Profesional… Lengkap Dengan Ciri Autofokus Serta Visi Malam Yang Canggih!

Mencari telefon pintar yang dapat merakamkan swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua?

Siri vivo V21 yang terbaharu adalah jawapan untuk pencarian anda!

Membawakan kamera hadapan 44MP – dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang unik eksklusif, siri vivo V21 yang terbaharu digandingkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS), Potret Malam AI (AI Night Portrait), autofokus dan sensor cahaya yang canggih!

Kamera hadapan yang berkuasa tinggi dengan apertur f/2.0 membekalkan tahap pendedahan cahaya yang lebih besar walaupun dalam kondisi pencahayaan yang terhad.

Menerusi pengintegrasian antara perkakasan dan perisian, fungsi ‘Super Night Selfie’ membawakan pendedahan berbilangan peringkat dan berbilangan frem imej yang berkualiti tinggi, lantas menaik taraf aspek kecerahan dan perincian latar malam, selain menjamin rakaman potret yang lebih jelas.

Berserta dengan Potret Malam AI yang memadankan algoritma pengurangan hingar berbilangan frem (multi-frame noise reduction algorithm) dan teknologi berdefinisi tinggi AI, gambar-gambar yang menawan dapat diambil dengan mudah pada waktu malam.

Kamera hadapannya juga hadir dengan fungsi autofokus canggih yang asing bagi telefon pintar lain dalam pasaran. Fungsi-fungsi ini membantu pengguna merakam imej yang jelas lagi berkualiti tanpa dibatasi dengan jarak rakaman, serta menawarkan fokus yang jelas.

Di samping itu, ‘Dual Selfie Spotlight’ memadankan cahaya halus skrin dan denyar (flash) yang terintegrasi di hadapan, ia dimuatkan di pinggir skrin paparannya untuk memudahkan rakaman gambar dan video yang mempesonakan pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, siri vivo V21 memiliki tiga kamera belakang (64MP, 8MP dan 2MP), dengan fungsi OIS eksklusif untuk V21 yang menawarkan kualiti imej yang luar biasa, turut disuntik nafas oleh rangkaian kamera sekunder untuk mengendali keupayaan fotografi makro, termasuk rakaman bersudut lebar dan yang lebih kompleks.

Kamera hadapan dan belakang peranti ini mampu merakam imej serta video berkualiti 4K, manakala EIS menaik taraf keupayaan penstabilannya melalui algoritma perisian tanpa memerlukan perkakasan tambahan, justeru menjimatkan ruang dan mengurangkan saiz telefon pintar tersebut.

Fungsi ini dapat memperbaiki kualiti video secara signifikan bagi rakaman yang dibuat dengan memegang telefon pintar ini, ia menawarkan sudut pandangan yang lebih stabil serta kualiti video yang lebih tinggi. Dengan Fungsi Pendedahan Berganda (Double Exposure Function) yang eksklusif untuk V21, ia membolehkan pengguna meluahkan kreativiti masing-masing.

Siri vivo V21 yang baharu juga hadir dengan ciri-ciri kefungsian kreatif yang lain seperti AI berteknologi tinggi, pengimbuh wajah, Dwi-Paparan Video, pelbagai penapis foto (filter) dan gaya potret untuk pengguna meneroka pengalaman yang lebih artistik dan interaktif.

Kombinasi antara kesemua fungsi ini menjadikan siri V21 pendamping yang sempurna untuk tujuan ‘vlogging’ dan untuk pengguna berkongsi detik-detik kehidupan mereka dengan rakan taulan dan keluarga secara maya mahupun fizikal.

Telefon pintar ultra nipis menyerlahkan sofistikasinya!

V21 dan V21e membawakan estetika yang elegan lagi rapi dengan mengintegrasikan elemen-elemen yang praktikal dan bersofistikasi tinggi. Kerangka tengahnya yang diperbuat daripada bahan polikarbonat direka suai menggunakan teknik ‘Vacuum Metalizing’. Ia menjadikan tubuh telefon pintar ini padat dan rata, termasuk berciri ringan dan selesa untuk dipegang.

Dari sudut belakang, kesempurnaan telefon pintar ini juga dicerminkan melalui pelitup AG Glass yang memperkayakan penampilan dan kualiti, membolehkannya digenggam dengan selesa. Gubahan lensa kamera belakang pula diserlahkan dengan cetakan UV serta teknologi penyejatan sinar elektron untuk menaik taraf penampilannya yang kemas dan penuh sofistikasi.

Bahagian depan telefon pintar V21 mempunyai Paparan E3 AMOLED FullView™ dengan kadar penyegaran 90Hz, yang membolehkan kecerahan skrin yang optimum, kontras, warna terang, perlindungan mata cahaya biru dan banyak lagi. V21e mempunyai paparan AMOLED 6.44” beresolusi ultra tinggi FHD yang membekalkan efek visual yang menakjubkan, selain meminimumkan kekaburan gerakan (motion blur). Tidak kira apa jua media yang dipaparkan pada skrinnya, siri V21 memastikan pengalaman visual yang terbaik dapat dibekalkan.

Perincian yang lebih halus meliputi gradien warna yang menawan pada telefon pintar ini yang memancarkan cahaya, ia membuktikan ciri gubahan artistik yang diintegrasikan pada rekaan asas peranti ini. V21 dengan ukuran senipis 7.29mm hadir dengan warna-warna yang mempesonakan dalam Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Manakala vivo V21e yang berukuran senipis 7.38mm dan seberat 171g sahaja didatangkan dengan warna-warna yang memukau dalam Roman Black dan Diamond Flare.

Prestasi yang luar biasa untuk melengkapi gaya hidup pintar masa kini!

vivo V21 baharu dikuasakan oleh cip pemproses Antutu Mark MTK Dimensity 800U manakala V21e dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon™ 720G, kedua-duanya memuatkan RAM 8GB dan ROM 128GB. Dibelakangi ‘Extended RAM’ oleh vivo, pengguna dapat menikmati suntikan RAM maya sebanyak “+3GB” menerusi algoritma bersofistikasi tinggi yang memanfaatkan seluruh potensi memori siri V21 untuk membekalkan aplikasi dan sistem operasi yang mampu beroperasi dengan selancarnya.

Cip pemproses teras 2.4Ghz yang melengkapi V21 dan V21e membolehkan aplikasinya dibuka dengan lebih cepat, serta hadir dengan ‘refresh rate’ yang tinggi untuk membolehkan pengguna melihat pergerakan pada kaca skrin dengan lebih jelas, selain menikmati pengalaman permainan video yang lebih diperkayakan. Ia turut membawakan bateri 4000mAh (TYP), serta teknologi FlashCharge 33W yang membolehkan peranti ini dicaj dalam kadar segera, maka pengguna dapat menikmati fleksibiliti untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan telefon pintar milik mereka, dan untuk tempoh yang lebih lama.

Telefon pintar ini juga membawakan pelbagai fungsi kediaman pintar seperti Jovi Home, termasuk aplikasi kesejahteraan kendiri untuk memenuhi segala aspek gaya hidup yang moden dan pintar. Pengguna kini dapat menikmati antara muka (interface) baharu yang lebih seragam, berserta dengan aplikasi yang dirumus untuk memantau dan menjaga kesihatan emosi dan fizikal.

Mulai 27 April 2021, kedua-dua varian siri vivo V21 boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar bertauliah vivo, dan e-Kedai rasmi vivo, kedai rasmi vivo di Shopee dan Lazada. V21 ditawarkan pada harga RM1,599, manakala V21e ditawarkan pada harga RM1,299.

Untuk jangka waktu yang terhad sahaja (27 April hingga 4 Mei 2021), pratempahan yang dibuat untuk V21 dan V21e turut hadir dengan waranti lanjutan bertempoh 1 tahun, perlindungan keretakan skrin bertempoh 1 tahun, rebat segera bernilai RM50 dan sebuah hadiah eksklusif yang masing-masingnya bernilai RM699 dan RM599.

200* pelanggan terawal yang membeli siri V21 dari e-Kedai rasmi vivo Malaysia, atau kedai perdananya di Shopee dan Lazada, bakal menerima baucar hadiah Redbox KTV yang bernilai RM50.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri vivo V21, sila layari laman rasmi vivo atau kunjungi laman Facebook dan Instagram milik vivo Malaysia.

*Tertakluk pada terma dan syarat, dan sementara stok masih ada.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jun 2021

i-Sinar 2.0 : Bantuan Yang Wajar Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz hari ini memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan secepat mungkin berikutan isu i-Sinar dan moratorium.  Menerusi laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri […]

Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Featured Wed, 30 Nov 2022

Jaga Aurat Isteri, Aeril Zafrel Dipuji Warganet – “Kita Ini Meniaga Jangan Tunjuk Aurat”

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kembali tular di media sosial kerana aksi mereka yang berjaya meraih perhatian netizen. @kakmid8803 Diam seribu bahasa! Kelu terus wawa zainal.. Tapi asben jenis tegur soft je […]

Trending Mon, 23 Dec 2019

This 23 Years Old Former Disney Star Has Been Awarded GQ Australia’s Woman Of The Year

The best thing is, she’s only 23 years old and she’s just getting started!

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Trending Thu, 12 Sep 2019

Warkah Mohon Maaf Buat Permaisuri Agong

Hari ini hangat diperkatakan tentang akaun twitter Permaisuri Agong dinyahaktifkan. Terbaru di Twitter, kelihatan ada permohonon maaf dari individu bernama Firdaus Asraf.  Melalui twitternya sebelum ini, ada menulis kata-kata yang negatif tentang baginda dimana ianya […]

Trending Sat, 7 Nov 2020
Trending Thu, 12 Nov 2020