Trending By: SGMS Faida July 10, 2018 @ 7:50am

Kazim Elias Jawab Isu Jual Pusat Tahfiz, “Saya Tak Mampu Lagi Tampung”

Sah…penceramah terkenal yang juga pengasas Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi, Datuk Mohd Kazim Elias akan menjual premis itu.

Ini berikutan beliau tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan sekaligus menjawab persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan.

Ustaz Kazim ketika ditemui NSTP di pusat berkenaan berkata, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Katanya, keputusan sedih itu terpaksa diambil beliau berikutan tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” katanya yang juga pengasas dan pengetua pusat berkenaan.

Ketika ditanya punca sebenar beliau tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran pusat berkenaan, Ustaz Kazim berkata, ia berikutan beliau tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

“Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, walaupun akan menjual unit tahfiz berkenaan, usaha melahirkan Huffaz di negara ini akan diteruskannya dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

“Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Nov 2021

Bayaran i-Citra RM1,000 Mula Dikreditkan November Ini, Jom Semak Tarikh Bayaran & Status Permohonan

Untuk makluman, bayaran i-Citra bagi bulan keempat iaitu November 2021 bakal dilaksanakan pada awal bulan ini. Pengeluaran pembayaran sehingga RM5,000 juga telah bermula pada bulan Ogos lalu dan akan dibayar setiap bulan sehingga tempoh lima […]

Hiburan Thu, 15 Jun 2023

Kasih Iris Leona Mahu Therapist, Ini Respons Azhar Sulaiman

Azhar ni memang daddy yang sempoiii 😢 💪🏻

Featured Mon, 16 Jan 2023
Trending Wed, 7 Nov 2018

Melampau! Wanita Singapura Buat Tutorial Solekan Wajah Rosmah Untuk Halloween

Tutorial solekan yang dikongsi itu dipercayai dilakukan bersempena sambutan Halloween yang lalu.

Featured Tue, 31 Jan 2023