Perundangan By: Atiqah Johari July 5, 2023 @ 2:44pm

Bertujuan Hormat Hak & Keadilan Individu, Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan Di Malaysia

Hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia telah dimansuhkan bermula 4 Julai 2023 susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Berdasarkan laporan Bernama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menyatakan bahawa pemansuhan itu adalah untuk menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia dan memastikan keadilan terhadap semua pihak.

“Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.

“Mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said telah menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta ini mula berkuat kuasa.

“Oleh yang demikian, tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini,” ujarnya dalam sebuah kenyataan semalam.

Tambahnya, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) ini telah diperkenan oleh Diraja pada 9 Jun lalu tetapi belum berkuat kuasa.

Jelas Ramkarpal, permohonan semakan hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta 847 hanya boleh difailkan selepas mendapat penetapan tarikh kuat kuasa oleh Azalina menerusi pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sejak Mei 2023 telah mengadakan beberapa mesyuarat membabitkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, Majlis Peguam Malaysia, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan serta Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

“Mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksanaan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat.

“Butiran berhubung mekanisme dan garis panduan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Malah, beliau turut berkata bahawa reformasi undang-undang itu merupakan langkah awal dalam mentransformasikan sistem keadilan jenayah di Malaysia.

Dalam pada itu, lebih banyak semakan dan reformasi sistem perundangan jenayah bakal dilaksanakan selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan sistem perundangan yang lebih progresif dan relevan untuk membangunkan Malaysia Madani.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Saharul Ridzwan Enggan Pilih Jalan Mudah Untuk Popular

Memenangi tempat ketiga peraduan Hero Remaja 2011/2012 di bawah Fattah Amin yang memenangi tempat pertama dan Syafiq Kyle di tempat kedua, menjadi batu loncatan buat pelakon Saharul Ridzwan menempah nama di dalam dunia seni lakonan.  […]

Featured Wed, 27 Dec 2023

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat. Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai […]

Featured Wed, 23 Mar 2022

“Usaha Dakwah Saya Hanya Jadi Asbab Untuk Asfan, Hidayah Dari Allah” – Nabil Ahmad Tumpang Gembira

Alhamdulillah, seronok rasa mendengar kata-kata Nabil, penuh makna yang mendalam.. 🥺

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Dah Dirisik Rupanya…

Semoga dipermudahkan urusan seterusnya buat Zara & Hafreez!

Trending Tue, 26 Apr 2022
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Be Profesional Suria FM!’- Shahrol Shiro Kecewa Isu Dikatakan Tak Berdisiplin

Bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro menyelar tindakan pengurusan syarikat berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencalarkan imejnya. Pemenang juara Maharajalawak Mega 2018 ini turut terkilan melihat sikap pengurusan radio berkenaan yang tidak berterima […]

Featured Wed, 18 May 2022
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Ini 4 Perkara Unik Tentang Drama The Promise!

The Promise drama Cina terbaik khas buat penonton setia 8TV!