Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 1:51pm

Nahas 5 Pelajar USAS: Pemandu Treler Mengaku Tak bersalah, Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun & Denda RM50,000

Susulan isu kemalangan mengorbankan nyawa lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Selasa memaklumkan pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan.

Pengakuan tersebut dibacakan secara berasingan oleh tertuduh, Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara – Selatan arah utara kira-kira jam 1 pagi pada 12 Mei lalu.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara – Selatan arah utara kira-kira jam 1 pagi pada 12 Mei lalu.

Tertuduh didawkwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuma penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000 selain lesen memandu ditahan jika sabit kesalahan.

Tertuduh pada awalnya ditawarkan jamninan RM10,000 bagi setiap pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azmaninza Mohammad, namun, peguam mewakili tertuduh, G Rabinshankar memohon pengurangan jaminan dengan alasan anak guamnya sudah memberikan kerjasama baik.

Selain itu, peguam G Rabinshankar turut menyatakan tertuduh perlu menyara isteri dan tiga anak berusia 14, 10 dan 2 tahun.

Bagaimanapun, pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat lesen memandu digantung sehingga kes selesai selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak

Mahkamah menetapkan tarikh 30 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Terdahulu, lima pelajar USAS rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan yang melibatkan dua treler membawa muatan mozek dan besi pagar.

Artikel Berkaitan: Tragedi Terowong Menora: Pemandu Treler Direman 4 Hari, Ternyata Mempunyai 22 Saman Kesalahan Trafik & 8 Pandu Lebih Had Laju

Artikel Berkaitan: Tragedi Terowong Menora: Penghafaz Al-Quran Antara 5 Korban Rentung Di Terowong Menora

Sumber/Kredit foto: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 26 Mar 2020

Kira kalori pastikan gaya hidup sihat

Inilah kira-kira yang menguntungkan

Trending Wed, 27 Jun 2018

Rozita Che Wan Gesa Orang Ramai Untuk Gunakan Media Sosial Dengan Bijak

“Jangan sampai semua itu yang mengawal diri dan kehidupan kita.”

Hiburan Fri, 27 Oct 2023
Trending Fri, 30 Mar 2018

China Implements “Chinese Card” For Chinese Born Outside of the Country

China has been coming up with interesting things lately.

Trending Wed, 17 Nov 2021

Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya masih menangis setiap kali terkenangkan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Genap 100 hari pemergian Sarah, Shuib mendedahkan emosinya juga sering terganggu. “Syukur Alhamdulillah, anak-anak kami […]

Trending Sun, 20 Mar 2022

Enggan Terus Diboikot, Akhirnya Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memohon maaf kepada pihak media tempatan. Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan […]