Selebriti By: Atiqah Johari March 12, 2024 @ 3:44pm

Cuba Pelbagai Rawatan, Aprena Manrose Reda Belum Ada Rezeki Anak – “Mungkin Allah Nak Bagi Di Akhirat Sana”

Pelakon Aprena Manrose akui telah reda dan tawakal dalam usaha mendapatkan anak pertama setelah hampir tujuh tahun berumah tangga dengan suaminya, Mohd Afiq Hazman.

Walaubagaimanapun, Aprena mengakui bahawa dia tidak akan berputus asa dan percaya dengan rezeki Allah SWT.

“Saya sebenarnya dah lebih kepada reda dan pasrah. Tak ada pun tak apa. Tak adalah putus asa tapi kami dah berada di fasa yang tak ada pun tak apa, mungkin Allah nak bagi dekat akhirat sana, InsyaAllah,” kongsinya.

Malah, Aprena sebelum ini mengambil pendekatan untuk berehat daripada berlakon hampir setahun kerana mencuba pelbagai rawatan kesuburan seperti In Vitro Fertilisation (IVF), Intrauterine Insemination (IUI) dan juga rawatan Islam namun masih belum mempunyai rezeki.

“Kita memang pergi berubat Islam, kita pergi buat IUI dan IVF tapi tak ada rezeki. Jadi, bila kita dah berehat sekejap, bila dah duduk dekat rumah lama dengan tak ada anak. Kita lagi stress, lebih baik saya rasa mula kerja balik,” ujarnya.

Aprena ditemui XTRA ketika majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 Rara Macam Dulu-Dulu sempena sambutan Ramadan dan Syawal kali ini di GlamHall Damansara, Petaling Jaya.

Dalam perkembangan lain, Aprena muncul dalam drama terbaharu berjudul Helo, Saya Anak Uncle! yang bakal ditayangkan pada 17 Mac setiap Ahad di TV3.

Artikel Berkaitan: Dedah Proses IVF Gagal… Tidak Putus Asa, Aprena Manrose Serah Soal Zuriat Pada Rezeki

Artikel Berkaitan: “Saya Hanya Manusia Biasa, Yang Tak Baik Janganlah Ikut…” – Aprena Manrose 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Feb 2021
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana. Tahniah, Ayda!

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Sedihnya kisah hidup Datuk…kecil-kecil lagi dah kena kerja macam-macam untuk cari rezeki…

Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Menangis Di Tanah Suci, Lisa Surihani Buat Netizen Sebak

MasyaAllah💗 Min sampai ulang banyak kali. Tersentuh!

Hiburan Thu, 8 Aug 2019

Peminat Tegur Pakaian Eyka Farhana Makin ‘Berani’?

Upload gambar salah…tak upload nanti tanya ke mana hilang pula. Ayooo, netizen!