Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 26, 2019 @ 11:01am

‘Be Profesional Suria FM!’- Shahrol Shiro Kecewa Isu Dikatakan Tak Berdisiplin

Bekas penyampai radio Suria FM, Shahrol Shiro menyelar tindakan pengurusan syarikat berkenaan selepas mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencalarkan imejnya.

Pemenang juara Maharajalawak Mega 2018 ini turut terkilan melihat sikap pengurusan radio berkenaan yang tidak berterima kasih atas khidmatnya selama ini.

“ Be profesional Suria FM! Posting saya sebelum ni dah berterima kasih dan menghargai kamu… Selepas itu riuh rendah perkhabaran yang mengaibkan saya.. Kenapa timbulnya isu ini? Adakah kerana hasad dengki?,” soalnya.

Biarpun Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi mengakui isu surat cuti dan disiplin memang benar wujud namun di memiliki alasan tersendiri.

“ Kadang-kadang mencari idea sehingga jam 3 pagi, pukul 5.30 am dah bangun. Ada yang terlajak, apa hukuman kamu? Kamu gantung dan tolak gaji saya. Saya berlapang dada dan terima keputusan. Kamu telah pun menghukum saya.

“ Sepatutnya kamu berikan sokongan penyampai kamu ada dalam pertandingan. Ini tidak…gambar saya kat sosial media @suriamalaysia jarang sekali di repost…kalau direpost boleh buat kenduri kesyukuran la,” katanya.

Tambah Shahrol, dia kecewa apabila dilayan bak sampah apabila ditamatkan kontrak.  

“ Alasan kamu tidak mahu saya hilang fokus dalam MLM 2018 sedangkan surat tamat kontrak sewaktu MLM berlangsung. Takkan nak nampak suci disitu,” katanya.

Sementara itu, Shahrol sempat berpesan kepada rakan penyampai di radio berkenaan agar terus berkarya dengan ikhlas.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Dec 2024

Nyanyian Mas Idayu Di Konsert Final Famili Duo 4 Dikritik Warganet, Ada Yang Komen ‘Berdesing’

Nyanyian Mas Idayu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Hiburan Wed, 4 Oct 2023
Featured Fri, 20 Sep 2024
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Hiburan Wed, 26 Jul 2023
Featured Fri, 21 Jun 2024
Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Bongkar Rahsia Hati, Elliza Razak Kembali Dengan Single Urai

Elliza Razak kini hadir dengan single terbaharunya yang berjudul Urai.

error: Content is protected !!