Categories: FeaturedTrending

Kazou, si buta berdikari yang memikat!

Gara-gara dijangkiti virus selesema kucing, Kazou terpaksa berdepan dengan kecatatan seumur hidup iaitu buta penglihatan.

Siapakah gerangan Kazou ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bukan? 

Kazou ialah seekor kucing yang menarik perhatian ramai netizen seluruh dunia kerana keunikannya sebagai kucing tanpa penglihatan, namun lincah! 

Kucing comel ini ditemui ketika masih kecil dan matanya sudah rosak teruk akibat mengalami selesema kucing.

Malangnya, mata Kazou tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dibuang melalui pembedahan.

Tetapi itu tidak menghalang Kazou untuk menikmati hidupnya!

Kazou ialah seekor kucing yang memiliki rasa ingin tahun yang tinggi, bersemangat dan tidak mudah rasa takut.

Setiap orang yang bertemu dengan Kazou teruja dengan kelakuannya.

Walaupun dia tidak mempunyai mata, mungkin dia dapat melihat dengan mata hatinya.

Gambar-gambarnya mudah menambat hati peminat kucing yang terhibur dengan aksinya yang bersahaja.

Tak percaya? jom kita lihat!

Foto: Sabine Fallend fotografie

Foto: Sabine Fallend fotografie

Foto: Sabine Fallend fotografie

Foto: Sabine Fallend fotografie

Foto: Sabine Fallend fotografie

Sumber: Bored Panda

Yanie Baharom