Soal Jodoh, Syazwan Zulkifli Lebih Selesa ‘Low Profile’

Pelakon Syazwan Zulkifli mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan, Malindo Air.

Kata Syazwan yang membawakan watak Pali dalam Pujaan Hati Kanda, dia enggan terlalu berkongsi hal peribadi di laman sosial kerana ingin lebih low profile.

“ Kami masih berkawan cuma untuk ke peringkat seterusnya, biarlah ia menjadi rahsia dahulu. Takut dah hebah, tak jadi pula. Saya lebih selesa mengunci mulut dalam hal ini,” katanya.

Pelakon berusia 31 tahun ini pernah menjalinkan cinta dengan pengacara, Shentt Feliziana sekitar tahun 2016 namun terkandas di tengah jalan.

Sementara itu, Syazwan memaklumkan dia gembira mendapat maklumbalas daripada penonton drama rantaian popular, Pujaan Hati Kanda yang kini bersiaran setiap Isnin-Jumaat pada jam 7 malam. Jangan lupa tengok ok! 

SGMS Faida