Categories: Trending

Kegiatan Hasil Ubat Haram Dan Tiruan Dekat Kandang Babi

Sebuah kilang haram terletak di Pulau Pinang berjaya digeledah pihak berkuasa kerana sengaja menyembunyikan kegiatan menghasilkan ubat-ubatan haram, tiruan dan berbahaya bersebelahan lokasi kandang babi.

Bau busuk yang datang daripada 1,000 ekor babi yang diternak menyebabkan kilang yang berada berhampiran Kampung Selamat, Tasek Gelugor itu tidak dapat dihidu pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, kegiatan itu berjaya dibongkar apabila sepasukan 80 pegawai Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Cawangan Penguatkuasa Farmasi ( CPF) Pulau PInang diketuai Timbalan Pengarah Cawangan Perisikan Operasi BPF KKM, Adnan Salimin menyerbu kilang itu kira-kira jam 2 petang semalam. Serbuan turut dibantu pihak polis.

Difahamkan kegiatan sindiket yang menghasilkan ubat-ubatan haram dan tidak berdaftar di lokasi itu dikesan susulan risikan berterusan dilakukan pihak BPF sejak lebih setahun lalu.  Menurut jurucakap BPF, kilang itu terletak lima meter dari kandang babi serta dua kolam kumbahan najis yang menjadikan kawasan tersebut diselubungi bau yang luar biasa busuk.

SGMS Enal