Trending By: Padin November 10, 2021 @ 8:19pm

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah Bukit Kayu Hitam sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, laporan polis berhubungan kejadian terbabit dibuat pada Ahad lepas setelah mangsa menceritakan kepada ibunya tentang perbuatan terkutuk empat abangnya.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

“Difahankan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Jul 2022
Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Featured Tue, 9 Aug 2022

“3 Bulan Saya Merana!” – Tapak Kaki Dihunus Bilah Tajam, Azwan Ali Dakwa Disihir Artis Wanita Veteran

Semoga cepat sembuh Diva AA. Tapi siapa artis wanita veteran tu? 👀

Trending Tue, 5 May 2020
Featured Thu, 14 Oct 2021

Kompaun Buat Pengguna Sijil Palsu Vaksin

Pihak polis akan memeriksa mana-mana Individu yang ingin melakukan percubaan menggunakan sijil vaksinasi palsu untuk merentas negeri. Menurut Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M

| Live TV