Featured By: Maya Basir December 23, 2022 @ 6:28pm

Tak Sampai Setahun Jadi Ibu Tunggal Dah Berkahwin Jadi Kritikan Netizen, Ini Respons Anita Baharom

Pelakon Anita Baharom tidak mahu ambil serius dengan kata-kata netizen yang mempersoalkan tindakannya mendirikan rumah tangga dengan suami, Engku Isyamuddin sebelum setahun bergelar ibu tunggal.

Memetik laporan Gempak, dia sudah mendapatkan pandangan daripada beberapa pihak sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dan sama sekali tidak melanggar hukum agama.

“Bagi saya perkahwinan yang kami bina ini langsung tidak melanggar hukum. Untuk apa nak takut dengan cakap orang. Saya dan suami buat perkara yang sepatutnya dan menghalalkan hubungan kami itu lebih baik.

“Kami berdua lebih tahu diri kami macam mana. Malah kalau ikut hukum hakam pun tiada salah. Tiada juga dalil yang kata kalau tak cukup setahun bergelar ibu tunggal itu berdosa untuk bernikah.

“Alhamdulillah segala keputusan diambil bukan daripada saya sendiri, saya minta pendapat ahli keluarga terdekat dan saudara mara juga.

“Mereka kata hubungan baik elok dipercepatkan, tak baik ditangguh. Itu yang bagus dan lebih afdal,” katanya.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini berharap agar perkahwinan keduanya mampu menjadikan dirinya seorang isteri dan ibu yang lebih baik.

“Ini merupakan dunia baru untuk saya, ibaratnya Allah beri peluang kedua kepada saya agar menjadi yang lebih baik.

“Saya berazam untuk menjadi isteri yang lebih mithali dan ibu yang baik kepada anak-anak. Termasuk juga anak-anak suami.

“Pengalaman yang lepas cukup indah untuk saya, tapi dengan perkahwinan yang kedua ini saya harap akan menjadi lebih baik dan bertambah indah, Insya-Allah,” ujarnya.

Anita sah bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin yang merupakan bapa tunggal kepada lapan cahaya mata dan selamat dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom.

Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Mohd Ismadi Ismail namun telah meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.

Bagi Engku Isyamuddin, ini merupakan perkahwinan kali keempat selepas berpisah dengan kesemua bekas isteri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

“I Gave Him Another Chance, But…” – Bella Astillah on Husband Aliff Aziz’s Infedility

Someone spotted Aliff Aziz and co-actor Oktavia Manrose getting steamy in a club, and sent 3 recordings to wifey Bella Astillah!

Featured Fri, 21 Jun 2024

“Saya Yakin Nora Dan Nedim Sudah Fikir Yang Terbaik Untuk Keluarga Mereka”- Fasha Sandha

betul ramai yang mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.❤️

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Skrip Zaman Sekarang ‘Kayu’, Jangan Bunuh Jiwa Kami!

Perlu ada common sense! Kandungan sesebuah drama itu sendiri tak kira lah cerita hantu atau cerita cinta, semuanya sama. Kebanyakan skrip sekarang, tiada ‘jiwa’…

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Trending Fri, 23 Mar 2018

Ernie Zakri Runtun Hati Pendengar, Bikin Lagu Di Matamu Nyanyian Asal Sufian Suhaimi Semakin Tular.

Bukan saja memperoleh lebih satu juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 26 Februari lalu, malah single terbaru nukilan Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu, dijadikan sebagai cover songs oleh peminat termasuk artis tempatan.

Featured Mon, 4 Sep 2023

Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

Allahuakbar 🥹 Kuatnya semangat adik Abdur Rahman ni 🥹 Terbaik Tiz! Semoga segala urusan akan dipermudahkan untuk adik Rahman

Featured Thu, 22 Nov 2018

Malaysia Pertaruh Perahu Bangau, Thailand Berbangga Dengan Kostum Gajah

Gajah merupakan tunggangan pahlawan sewaktu peperangan, dan menjadi lambang kekuatan keseluruhan kerajaan Thailand.