Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 29, 2024 @ 7:00pm

Bersara Ramal Pemenang AJL 38, Neelofa Baru Dengar 4 Lagu Finalis

Ramalan selebriti popular, Noor Neelofa dalam acara berpestij Anugerah Juara Lagi (AJL)  sering kali tepat, namun pada kali ini dia memilih untuk berserah kepada netizen dalam menentukan siapakah pemenang bagi AJL 38 tahun ini.

Isteri pendakwah selebriti, PU Riz atau nama lengkapnya Haris Ismail ini mengakui baru sahaja mendengar empat lagu finalis AJL.

Bagaimanapun, ibu anak dua ini tidak mendedahkan lagu siapakah yang didengarinya itu.

“Baru sedar AJL hujung minggu ini dan setakat ini, saya hanya mendengar 4 buah lagu. Cuba teka lagu siapa?

“Tahun ni bersara. Korang propose laa,” tulisnya menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai ramalan AJL 38.

Pada AJL 37 tahun lalu, Neelofa meramal penyanyi berkaliber, Aina Abdul dan Alif Satar akan mendapat tempat dalam anugerah tersebut.

Artikel Berkaitan: Fuh, Hebat Betul! Ramalan Neelofa Buat Aina Abdul & Alif Satar Di AJL37 Tepat

Sebanyak 12 finalis bakal bertanding merebut gelaran juara, naib juara, tempat ketiga, vokal terbaik dan persembahan terbaik pada malam anugerah berprestij itu.

Antara finalis tersebut adalah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Ernie Zakri (Astana), Ziana Zain & Hasif Upin (Waktu), Aisha Retno (Sutera), Marsha Milan (Darah), dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 38 secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad, 3 Mac 2024, jam 9 malam. Saksikan di TV3 dan strim juga melalui Tonton.

Artikel Berkaitan: AJL 38: Afieq Shazwan Rasa Tidak Layak Ganti Jamal Abdillah, Nekad Teruskan Perjuangan ‘Ku Cuma’

Artikel Berkaitan: Amir Jahari Jalani Meditasi Menjelang AJL38, Sempat Bergurau Dengan Isteri Selepas Lagu ‘Hasrat’ Mara Ke Pentas Berprestij

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Reaksi Aina Abdul Ketika Nama Ernie Zakri & Aisha Retno Mara Ke AJL 38, Peminat Harap Jangan Ada Jadi ‘Batu Api’ – “Siap Tolong Lap Air Mata”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Jan 2019

‘Bayangkan Bulan 10 Baru Ada Projek’- Syazwan Zulkifli Kongsi Alasan Lama Tak Muncul Di TV

Watak Pali dalam Pujaan Hati Kanda memang wow. Semoga terus sukses untuk tahun 2019 ini ya!

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

Rock Revival Himpun Otai Rock

siri persembahan ‘Rock Revival’ bermula pada 23 Disember ini di The House, G Tower Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Isu Tegur Pembaca Berita, Ada Pula Netizen Dakwa Hattan Tak Beratur, Suka Potong Barisan?

Alamakkk… Belum reda isu sekolahkan pembaca berita. kini timbul pula dakwaan lain 🥵

Featured Mon, 11 Mar 2024

“Kelakarnya Minta Mak Bapak Ajar Anak Masih Bayi Berzikir”- Isu Acah bermain Drum Hiburkan Anak, Netizen Back Up Fuad Rahman

Ingat! Jangan terus nak judge orang. Belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita nak judge tu😪

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Thu, 10 Mar 2022
error: Content is protected !!