Categories: Trending

Keji & Terkutuk! 4 Abang Durjana Rogol Adik Berusia 13 Tahun Secara Bergilir Ditahan

Empat beradik lelaki yang disyaki merogol adik sendiri semenjak lebih tiga tahun lalu ditahan polis di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Difahamkan, mereka melakukan perbuatan keji terhadap mangsa berusia 13 tahun itu secara bergilir di rumah di daerah Bukit Kayu Hitam sebelum kegiatan itu terbongkar baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, laporan polis berhubungan kejadian terbabit dibuat pada Ahad lepas setelah mangsa menceritakan kepada ibunya tentang perbuatan terkutuk empat abangnya.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 36 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini dengan dua daripada suspek ditahan, 5 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati dua lagi abang mangsa turut terbabit dan mereka ditahan antara 1 hingga 4 petang semalam.

“Difahankan, empat beradik lelaki itu adalah dari bapa yang sama, tetapi berlainan ibu dengan remaja perempuan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan semua suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan 14 (A) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Harian Metro

Padin