Categories: Trending

Kelonggaran Rentas Negeri Buat Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Akan Diketahui Pada…

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Menurutnya, ketika ini kerajaan dalam peringkat akhir untuk memutuskan perincian mengenai kelonggaran berkenaan.

“Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai, membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vaksin.

“Contoh kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi, termasuk membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu kita akan putuskan.

“Selain itu sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di kedai makan) nak duduk makan bersama keluarga. Maka jika diumumkan kelonggaran nanti restoran akan dibenarkan dibuka dan akan diputuskan sehari dua ini,” katanya.

Pada 15 Julai lalu, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Dan inisiatif ini merupakan langkah terbaik bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat terutamanya ketika negara masih berada dalam krisis COVID-19.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Rentas Negeri & Daerah Dalam Fasa 2 PPN Dibenarkan Hanya Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN : Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Suntikan Vaksin Akan Diteliti – Khairy Jamaluddin

ARTIKEL BERKAITAN : Perjalanan Rentas Negeri & Daerah, Permit Pergerakan Hanya Akan Dikeluarkan Bagi Mereka Yang Layak -PDRM

Salma Syahbuddin