“Comelnya, Mirip Ayahanda”- Sambut Ulang Tahun Ke -10, Foto Terkini Raja Nazira Safya Jadi Perhatian Ramai

Telatah anakanda kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim sentiasa mencuit hati ramai netizen.

Baru baru ini, Raja Nazira Safya telah menyambat ulang tahun kelahirannya yang kini mencecah usia 10 tahun.

Bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 10, ibundanya Tuanku Zara Salim Davidson telah memuat naik foto terkini puteri tunggal itu beserta kapsyen my lil one is 10.

Foto tersebut menunjukkan Raja Nazira Safya ceria bergambar bersama seekor ular. Rata rata netizen dilihat teruja dengan perkongsian terbaru itu.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat ramai yang mengucapkan selamat ulang tahun dan mendoakan yang terbaik buat puteri raja itu.

Ramai yang berpendapat raut wajah Raja Nazira seakan saling tidak tumpah dengan raut wajah ayahandanya semasa kecil.

Malah, ada yang meminta supaya Tuanku Zara Salim Davidson lebih aktif berkongsi foto-foto terkini anakandanya.

Untuk rekod, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Pasangan diraja itu memiliki dua orang cahaya mata iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”