Trending By: Padin December 18, 2021 @ 4:18pm

Kemalangan Ragut Nyawa 9 Beranak Serentak, Remaja Sebak Hilang Ahli Keluarga – “Saya Terlalu Sayangkan Ibu”

“Saya terlalu sayangkan ibu.”

Itu ungkapan anak ketiga mangsa insiden maut yang membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam malam tadi.

Dalam kejadian 11.45 malam tadi, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki mereka terperosok di bawah sebuah treler.

Kehilangan ibu dan lapan adik beradiknya yang terkorban di lokasi kejadian membuatkan Faiz, 14, tidak dapat menahan kesedihan.

“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Turut maut ialah seorang pemuda, Muhamad Rahimi Rolex, 27.

Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, terselamat dan tiga lagi mangsa lain hanya mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam.

Dalam kemalangan membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler itu, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.

“Kira-kira 17 individu mangsa terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Harian Metro
Foto: Harian Metro / BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Sat, 6 Jul 2024
Featured Mon, 5 Sep 2022

Kongsi Petikan Mengenai Curang, Netizen Dakwa Mizz Nina Beri ‘Hint’ Punca Cerai?

Fuhhh.. Deep betul petikan Mizz Nina kongsi pasal curang ni 🤯🥲 Apapun, semoga baik baik saja semuanya 🤲🏻

Trending Thu, 29 Oct 2020
Featured Mon, 15 Jul 2024
Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Trending Thu, 24 Dec 2020