Categories: Trending

Kena Kecam Lagi! Busana Aina Abdul Dikritik, Netizen Samakan Dengan Toto Bersama Bantal?

Bertindak sebagai juri di sebuah program realiti nyanyian, penampilan penyanyi Aina Abdul meraih perhatian ramai saban minggu.

Sering menerima kecaman, busana Aina dikritik netizen kerana gaya pemilihan pakaian yang menganggu pandangan penonton di belakang.

Terbaharu, Aina memuat naik gambar penampilan dirinya mengenakan busana berkonsepkan ‘Waves of Emotions’.

Sinonim dengan eksperimen dalam berfesyen, penampilan Aina dikritik lagi oleh warganet yang rata-ratanya mendakwa Aina tidak menghormati penonton di belakang serta memberi kata-kata kecaman yang bertubi-tubi.

Malah, ada yang menjadikan fesyen Aina sebagai bahan jenaka dengan mengatakan penampillannya kali ini seperti tilam dan bantal.

“Padanlah mak aku bising toto dia hilang kat ampaian. Senang otw balik boleh remove makeup dalam kereta. Sampai rumah, masuk bilik terus tidur. Nak tidur kat ruang tamu pun okay,” ujar netizen.

Nurul Hana