Categories: Trending

Keputusan Pembukaan Sempadan Malaysia-Singapura Diketahui Ogos Ini

Walaupun sebelum ini Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh ke negara luar yang berada dalam kawasan zon hijau seperti Singapura namun sehingga hari ini sempadan antara Malaysia-Singapura masih ditutup.

Baca artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Keluar Ke Negara Terpilih Dengan Syarat…

Justeru, kerajaan dijangka mengumumkan pembukaan sempadan melibatkan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) kedua-dua negara pada awal bulan Ogos.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, RGL membabitkan perjalanan rentas sempadan bagi urusan perniagaan penting serta urusan rasmi kedua-dua negara.

Sementara, PCA membolehkan rakyat Malaysia dan Singapura yang juga pemegang pas imigresen jangka panjang (untuk tujuan perniagaan dan bekerja) pulang secara berkala ke negara masing-masing bagi tujuan cuti pendek.

Selain dua kategori itu, kedua-dua negara turut mengadakan rundingan untuk pergerakan rentas sempadan kategori rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang alik setiap hari atas urusan kerja selain pembukaan sempadan sepenuhnya.

“Sesungguhnya, pelaksanaan pembukaan sempadan ini bukan satu perkara mudah. Ia memerlukan penelitian dan persediaan rapi serta kesefahaman antara Malaysia dengan negara terbabit”.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”