Categories: Trending

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Kewangan kini  sedang mengkaji dan membincangkan penambahbaikan yang sesuai kepada Belanjawan 2021 bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan.

Justeru Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Dr N Marimuthu, berkata moratorium automatik perlu diberikan kepada golongan B40 dan M40 serta mempertimbangkan inisiatif meringankan beban cukai pendapatan.

Kredit : Harian Metro

“Kami menerima banyak aduan pengguna mengatakan mereka sukar berhubung dengan bank dan berdepan masalah apabila moratorium berakhir bulan ini, selain beban PKP dilaksanakan semula.

“Jadi, lebih baik jika kerajaan dapat melanjutkan penangguhan bayaran pinjaman supaya mereka yang terjejas terutama peniaga kecil dan kakitangan swasta berupaya bertahan.

“Pada masa sama, kerajaan perlu meningkatkan bantuan kepada golongan memerlukan, sektor pelancongan, perhotelan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya. 

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”