Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain May 28, 2024 @ 5:51pm

Kerap Terima Komen ‘Bitter’ Selepas Berkahwin, Ini Respons Tyra Kamaruzzaman – “People Often Project Their Own Insecurities….”

Pempengaruh Tyra Kamaruzzam tampil berkongsi dirinya kerap mendapat komen yang berbaur kurang senang semenjak dirinya mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Emran Rijal, pada 3 Mei lalu.

Perkara itu telah didedahkan oleh Tyra selepas salah seorang pengikutnya mengajukan soal untuk sesi Q & A di Instagram Story (Igs), sebentar tadi.

“When you are just being happy newlywed but people come to you and say ‘baru lagi’. Your thought?,” soal pengikutnya.

Tenang menjawab persoalan tersebut, Tyra enggan mengambil pusing dengan setiap respons ‘bitter’ yang diterimanya.

Malah, dia menganggap mereka berkemungkinan cemburu atau ‘insecure’ dengan kebahagiaan yang dilalui individu lain.

“Saya selalu dapat komen ni. Banyak kali sebenarnya. Orang selalu tunjukan ‘insecurity’ mereka terhadap awak hanya untuk sedapkan hati mereka tentang situasi yang dilaluinya.

“Mungkin orang yang bercakap macam tu berkahwin dengan seseorang yang hanya menunjukkan rasa sayang dan bahagia sementara sahaja.

“Jadi, bila mereka tengok orang lain lebih bahagia berbanding mereka, mereka cakap macam tu la. Percayalah, orang bahagia takkan ada masa untuk cakap macam tu kepada kehidupan orang lain dengan mudah sebab mereka bahagia.

“Selalunya mereka akan gembira untuk orang lain juga. Apa yang orang cakap pada kita selalunya hanya mencerminkan kehidupan mereka. Jadi, jangan dengar,” tulisnya di Igs.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022

Aksi Sweet Farhan Mazlan Usik Isteri Buat Netizen Cair – ” Cantiknya Perempuan Belakang Dia?”

Pempengaruh terkenal Farhan Mazlan kembali mecuri perhatian warganet apabila video dia bersama isteri, Syafiqah Zambry yang sedang makan di sebuah retoran tular di media sosial. Farhan yang cuba mengusik isteri tercintanya dengan cuba memuji kecantikkan […]

Trending Sun, 18 Oct 2020
Trending Thu, 12 Mar 2020
Hiburan Sun, 10 Aug 2025

‘Che Ta & Rakan Selebriti Buka Mata Masyarakat, Harap Kematian Zara Qairina Terbela’

Dr Afif puji rakan selebriti menggunakan platform mereka untuk keadilan kes Zara Qairina.

Featured Mon, 9 Feb 2026
Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Enggan Konflik Berlarutan, Nourul Depp Memilih Untuk Diam – “Saya Tidak Mahu Komen Apa-Apa”

Harap masalah dalaman kelurga Nourul dapat ditangani dengan baik-baik saja✨

Featured Sat, 16 Apr 2022
error: Content is protected !!