Categories: Trending

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, memaklumkan agar ibu bapa tidak perlu bimbang tentang penularan wabak Covid-19 di sekolah.

Ini kerana, beliau percaya Kementerian Pendidikan mempunyai mekanisma sendiri untuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) di sekolah, bagi mengekang jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya sangat memahami. Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita akan merasa bimbang. Sayangkan anak kita dan hendak menjaga keselamatan anak apabila melihat beberapa kluster sekolah, akibat penularan Covid-19 ini.
“Saya yakin kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan akan mengambil SOP yang lebih ketat untuk mengurangkan kebimbangan ibu bapa,”

Menurutnya, sekolah dibuka kerana Kementerian Pendidikan tidak mahu pelajar ketinggalan tetapi pada masa sama, pelaksanaan SOP akan mengurangkan jangkitan wabak tersebut.

Justeru itu, beliau menegaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mesti mempercepatkan kajian pemberian vaksin kepada kanak-kanak.

“Saya menggesa agar vaksin untuk kanak-kanak ini dapat dipercepat kerana sekarang ini vaksin hanya unyuk mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas.”
“Saya berharap agar pihak Kementerian Kesihatan juga akan memandang serius mengenai hal ini memandangkan kanak-kanak juga antara mereka yang berisiko. Katanya ketika merasmikan Program Dapur Kita di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, perak.

 

Sumber : BH

Salma Syahbuddin