Trending By: Padin June 21, 2021 @ 2:43pm

Kisah Neelofa Jadi Inspirasi Bantu Pesakit Covid-19

Tindakan selebriti dan usahawan popular Neelofa yang menyumbang RM90,000 untuk membeli katil elektronik bagi membantu pesakit Covid-19 menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Baru-baru ini, Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah Centre (Madad) tampil memberi sumbangan mesin perubatan Arterial Blood Gases (ABG) kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hospital Kekurangan Katil, Pesakit Covid-19 Terpaksa Duduk Di Lantai” – Sumbang RM90,000 Beli Katil Elektronik, Netizen Puji Neelofa

Pengarah Urusan Madad, Ustaz Yaakub Yusra Mohd. Yusoff berkata, sumbangan itu dibuat selepas mendapat maklumat berkaitan keperluan segera untuk mesin ABG di beberapa buah hospital di Kedah.

“Kami memang dimaklumkan secara spesifik tentang keperluan segera mesin ABG di tiga hospital ini. Oleh itu dengan sedikit dana yang kami ada, kami cuba bantu sedaya mungkin.

“Hospital tersebut adalah di Alor Setar, Hospital Jitra dan Hospital Baling, Kedah,” katanya.

Ini membuktikan kemudahan peralatan perubatan amat diperlukan pihak hospital tambahan pula dengan kadar peningkatan Covid-19 kebelakangan ini dan mereka turut menganggap sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

“Sebenarnya, keperluan untuk bantuan perubatan adalah sangat banyak. Permintaan juga tinggi kerana lebih banyak ICU dan wad rawatan rapi terpaksa dibuka,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga berharap lebih ramai individu, pertubuhan-pertubuhan mahupun syarikat-syarikat untuk tampil membantu dari segi menyediakan peralatan perubatan.

“Kita ibarat sedang berperang dan wajarlah kita sama-sama mempertahankan kesejahteraan negara kita.

“Lagi cepat pandemik ini dapat ditangani, maka lagi cepat kita boleh menjalani kehidupan kita seperti biasa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 29 Aug 2022
Hiburan Thu, 26 Oct 2023
Trending Thu, 29 Apr 2021

Syafie Naswip Kongsi Cabaran Jadi Rider Di Bulan Ramadan Semasa PKP

Disebabkan penularan wabak COVID-19, ramai rakyat marhaen macam kita ni tengah susah kerana kehilangan sumber pendapatan. Pelakon terkenal macam Syafie Naswip pun terjejas sebab banyak ‘job’ yang kena cancel. Haa.. Tapi Syafie selamba je pilih […]

Trending Sat, 27 Jun 2020
Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

#LaguXTRA Thu, 1 Feb 2024
Trending Fri, 5 Jun 2020

Khusus Untuk Penganggur, Kerajaan Umum Program Insentif Pengambilan Pekerja

Ambil perhatian buat mereka yang hilang kerja..