Ajar Pesakit Kanak-Kanak Doa Afiyah, Perdana Menteri Buat Ramai Sebak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap vasculopathy cirrhosis occlusive yang dikenali sebagai Farzana yang mahu bertemu beliau sebelum menjalani pembedahan.

Dalam pertemuan terbabit, Anwar sempat mengajar doa Afiyah kepada Farzana.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim @stevensimck, Anwar sedang menulis doa dan kata-kata semangat di atas sebuah buku untuk diberikan kepada adik Farzana.

“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.

“Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir, dan sihat jiwa,” kata Anwar.

Menelusuri ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat layanan Anwar yang begitu merendah diri dan mendoakan semoga adik Farzana diberi kesembuhan.

“Semoga Allah bagi adik Farzana kesembuhan.

“Masya-Allah, untung rakyat Malaysia ada Perdana Menteri macam ni.

“Berjawatan palig tinggi dalam sesebuah negara tidak hilang sifat seorang ayah yang prihatin, belas ihsan, ikhlas, dan jujur,” tulis netizen.

Halimey Zamal