Penyanyi terkenal, Zizi Kirana bersama suami, pelakon Yusuf Bahrin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah.

Menerusi hantaran Zizi di laman Instagram kelmarin, dia memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum berangkat pergi.

“Assalamualaikum, Insya-Allah saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

“Kepada semua kenalan kami dekat ataupun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap dari kami.

“Semoga kita semua dapat keredaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW Insya-Allah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya sebak mebaca kapsyen yang ditulis Zizi dan mendoakan agar mereka suami isteri memperolehi umrah yang mabrur.

“Bismillah! Semoga Allah permudahkan urusan.

“Stay safe korang. Selamat pergi dan selamat kembali.

“Masya-Allah, semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik serta mendapat mrah yang mabrur sahabat,” komen peminat.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Zizi, pasangan itu sedang menziarahi Kota Madinah sebelum berangkat ke Makkah menunaikan ibadah Umrah.

Halimey Zamal