“Allah Tunjuk KebesaranNya…” – Tular Kalimah Allah Muncul Pada Malam 27 Ramadan

Umum sedia maklum, bahawa 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah lebih baik dari seribu bulan.

Malah, pada malam yang dipanggil sebagai malam Lailatul Qadar, Allah telah memerintahkan malaikat dan Jibril membawa rahmat kepada seluruh umat Islam.

Justeru itu, sejak pagi tadi tular di laman sosial Facebook apabila video berdurasi 32 saat yang dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai Muhammad Faez mencuri perhatian rata-rata warganet.

“Nama Allah di langit. Subhanallah malam 27 Ramadhan di malam Jumaat Allah tunjuk kebesarannya.. Nampak kalimah Allah.. Allahuakbar!” tulisnya.

Malah, ramai yang beranggapan bahawa malam 27 Ramadan adalah malam Lailatul Qadar kerana ia berlaku pada malam ganjil.

 

Salma Syahbuddin