Babak LGBT Berdurasi 12 Saat Jadi Punca Tayangan Doctor Strange 2 Diharamkan Di Arab Saudi

Filem popular Dr Strange in the Multiverse of Madness yang kini ditayangkan di pawagam rupa-rupanya turut diboikot oleh beberapa negara Timur Tengah antaranya Mesir dan Arab Saudi.

Keputusan tersebut dibuat selepas satu babak berdurasi 12 saat dalam filem tersebut mengandungi unsur budaya golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).youtu

 

Dr Strange in the Multiverse of Madness ini bakal memperkenalkan watak America Chavez, iaitu sebagai simbol LGBT di dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun, ramai peminat berharap agar siri filem Marvel ini tidak diharamkan kerana menganggap babak tersebut hanyalah masalah kecil.

 

Menurut Penyelia klasifikasi filem di Arab Saudi, Nawaf Alsabhan, babak 12 saat itu dikatakan mengandungi dialog yang memaparkan watak America Chavez sedang bercerita mengenai dua orang ibunya yang mana merupakan pasangan lesbian.

“Ia hanya satu adegan beliau bercakap dengan ibu, kedua ibunya. Berada di Timur Tengah, ia satu yang sukar untuk di luluskan terutamanya perkara seperti ini,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga turut meminta Disney untuk memotong babak tersebut namun, pihak produksi terkenal dunia itu enggan berbuat demikian.

Selain filem Dr Strange in the Multiverse of Madness, filem The Eternals juga menerima nasib sama apabila tayangannya diboikot kerana disifatkan memperjuangkan agenda LGBT.

Salma Syahbuddin