Events By: Dharnieya Nur Amelsa January 13, 2023 @ 5:17pm

Bakal Diadakan 15 Mac Ini, Konsert Patah Hati Bakal Gabung 6 Penyanyi Hebat Di Malaysia

Sesuatu yang sangat istimewa bakal menanti peminat hiburan khususnya yang cukup menggemari lagu-lagu cinta dan melankolik.

Buat julung kalinya, ANS Diversified Sdn Bhd akan mempersembahkan Konsert Patah Hati sebuah persembahan yang menggabungkan enam nama hebat di Malaysia iaitu Ernie Zakri, Noh Salleh, Naim Daniel, Aisha Retno, Insomniacks dan Nastia.

Pengarah Projek, Ahmad Faizal Zulkipli berkata, konsert live selama tiga jam ini akan berlangsung di pentas popular Zepp Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023.

“Sesuai dengan namanya, Konsert Patah Hati, persembahan hebat ini akan menampilkan lagu-lagu cinta pelbagai genre yang menyentuh perasaan.

“Ia bukan sahaja lagu hits masa kini tetapi juga lagu hits sepanjang zaman dalam versi segar.

“Apa yang dikatakan, konsep persembahan seperti ini belum pernah dibuat dalam mana-mana konsert lain dan menjanjikan kepuasan kepada penonton.

“Artis-artis yang terbabit adalah kombinasi artis solo dan berkumpulan dan mereka mempunyai jutaan pengikut di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam,” kata Faizal.

Konsert hebat anjuran ANS turut mendapat kerjasama Rakam Strategik, Yayasan Digital dan Jermz Group.

Pada malam konsert itu kelak, artis-artis akan diiringi tujuh pemuzik professional dan dua penyanyi latar di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Shahakam Mokhtar.

Ia akan diperindahkan dengan mainan audio visual dan teknik pencahayaan yang menarik.

Kata Faizal lagi, pihaknya yakin kesemua artis yang terlibat dengan Konsert Patah Hati tiada masalah untuk beraksi secara live kerana setiap mereka mempunyai pengalaman di pentas.

“Ernie Zakri, Noh Salleh dan Naim Daniel pernah beraksi dalam banyak konsert dan acara besar seperti Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik (AIM). Aisha Retno pula sangat kreatif dan energetic apabila di pentas dan baru saja melancarkan single terbarunya I Love Sadness More.

“Insomniacks dianggotai tiga anak muda, Iqie, Iskandar dan Daniel pula hebat dengan single Pulang yang menjadi juara carta lagu domestik paling banyak distrim pada 2019 di media digital. Begitu juga dengan Nastia yang sangat diminati dengan lagu Rapuh dan ada pengalaman beraksi secara live,” kata Faizal lagi.

Tiket konsert Patah Hati mula dijual pada harga RM170 (Cat 1 & Cat 2 – Sang Penikam, Early Bird RM 158), RM 284, (Cat 3 – Mainan, Early Bird RM268), RM253 (Cat 4 – Rapuh Pencarianku), RM 5,299 (Vip Box – Pulang & Boneka).

Tiket-tiket boleh ditempah mulai 12 Januari 2023 bermula jam 3.00 petang di laman web www.ticket2u.com.my

Maklumat mengenai konsert dan tiket juga boleh didapati di laman-laman media sosial rasmi konsert Patah Hati.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Tue, 7 May 2019

Tak Terkesan Dengan Komen Netizen, Scha Alyahya Buang Sifat Baran!

Ibu kepada Lara Alana ini juga mengingatkan netizen di luar sana bahawa selebriti juga manusia biasa yang memiliki perasaan sedih.

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

Siti Nordiana, Iman Troye, Noraniza Idris & Bunga Antara 10 Terakhir Yang Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 – Jom Semak SENARAI LENGKAP 30 Lagu Yang Layak!

Selepas 10 lagu pertama diumumkan pada 21 November lalu dan 10 lagi lagu diumumkan pada 28 November lepas, 10 lagu terakhir yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 diumumkan sebentar tadi. Berakhirlah sudah […]

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Ini Ikhtiar Terakhir…’- Pak Ya Mohon Sumbangan Bayar Peguam

Bila kes dah selesai, Pak Ya berjanji akan pulangkan semula wang tersebut.

Featured Wed, 31 May 2023