Featured By: Marcella November 1, 2021 @ 3:51pm

“Best In The World” – Fasha Sandha Luah Kata-Kata Manis Buat Ibu Mertua

Pelakon jelita, Fasha Sandha meluahkan perasaannya apabila dianugerahkan seorang ibu mertua yang sangat baik dan penyayang.

Melalui hantaran gambar yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 37, meluahkan rasa syukur dan kata-kata manis buat ibu mertua, Rokkiah Md. Noor sempena sambutan hari lahirnya pada Sabtu.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Menurut kapsyen gambar tersebut, Fasha memberitahu bahawa ibu mertuanya adalah yang terbaik di dunia.

“Ibu sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.

“Sesiapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa penyayangnya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata,” ujar Fasha.

Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih buat ibu mertuanya kerana menjadi ibu yang baik bukan sahaja kepadanya, malah kepada menantu-menantu lain.

“Kami sentiasa bersyukur dikurniakan ibu mertua yang baik. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dan diberikan kesihatan yang baik. Saya sayang ibu. Kami semua sayang ibu,” katanya.

Untuk info, Fasha berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha, berusia setahun dua bulan.

Sebelum ini, Fasha pernah berkahwin dengan Rizal Ashram dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemima.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 17 Nov 2019

Dapur Kaca Meletup Sewaktu Tunggu Ikan Rebus Siap

Dapoq meletup, selalu dok tengok dalam Facebook ja

Trending Fri, 29 Apr 2022
Featured Fri, 2 Sep 2022

Nas-T Mental ‘Koyak’, Berlubang Tangan Jadi Kenangan Manis

Kesiannya sampai berlubang tangan Nas-T 😩 Jangan lupa tengok filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam!

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Lima Penyanyi Warnai Mini Album Nur 2, Siapakah Mereka?

Tengok barisan penyanyi yang bakal bawakan lagu Nur 2, tak sabar dibuatnya!

Events Sun, 3 Feb 2019

AJL33 Red Carpet Fashion Steals the Show Away

Ready to hit the show in style!

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Bakal Berentap Di Pusingan Akhir Pentas Da’i Musim Ke-6?

Pastinya, pusingan separuh akhir pentas pencarian pendakwah nusantara musim ke-6 pada minggu ke-10 ini nyata akan memberikan persaingan sengit diantara barisan pendakwah kita.  Mana taknya, kalau pada minggu lepas sahaja juri telah mengeluarkan kenyataan mahu […]

Trending Thu, 14 Jan 2021

Ibu Neelofa Batalkan Permohonan Untuk Trademark Daging Harimau Menangis

Semoga selepas ini kita dapat sentiasa belajar daripada kesilapan ❤️