Hiburan By: Padin October 28, 2023 @ 12:55pm

Konsert Exists Borneo Tour Jadi Pengubat Rindu Peminat Di Sabah, Sarawak Selepas Lebih 20 Tahun

Kumpulan muzik Exists akan mengubati kerinduan peminat di Sabah dan Sarawak setelah lebih 20 tahun tidak muncul mengadakan persembahan berskala besar di sana.

Band popular ini bakal muncul dengan Konsert Exists Borneo Tour yang akan berlangsung pada 17 Disember 2023 di Sarawak dan 30 Disember 2023 di Sabah.

“Kira-kira lebih 20 tahun kami tak hadir ke sana untuk mengadakan persembahan besar seperti konsert, jadi ia akan menjadi pengubat rindu kepada peminat yang menantikan persembahan kami.

“Seperti kebiasaan, kami bakal bawakan lagu-lagu sing along yang boleh dinyanyikan bersama peminat. Ada juga lagu-lagu yang tak pernah dimainkan, tapi diminta oleh peminat. Jadi, kami akan persembahkan juga.

“Kami sudah mulakan latihan dua minggu lalu. Biarpun anggota kumpulan kami masing-masing sibuk, masa tetap akan diluangkan untuk sesi latihan bagi menjanjikan persembahan yang mantap kepada peminat Borneo yang selama ini menyokong,” kata Ajai selaku pemain keyboard mewakili Exists.

Dalam pada itu, Along selaku gitaris memberi penjelasan mengenai ketiadaan Mamat dalam line up Konsert Exists Borneo Tour.

“Untuk konsert di Sabah dan Sarawak, Exists tak menampilkan barisan line up reunion dengan kehadiran dua vokalis. Jadi, sebab itulah Mamat tak ada bersama kami. Di konsert yang akan berlangsung pada 22 Disember di Kuala Lumpur, Mamat akan ada bersama.

“Peminat juga sudah faham dan ambil maklum, akan ada konsert yang menampilkan Ezad, akan ada konsert menampilkan Mamat dan kadang-kadang kedua-dua mereka bergabung sekali.

“Kami sendiri pun tak terikat apa-apa. Boleh jadi ada konsert yang menampilkan salah seorang, ada yang berdua, ia turut bergantung dengan kelapangan jadual mereka untuk tampil di sesuatu acara.

“Jadi, kami bagi kelonggaran dari aspek itu. Tapi, untuk Konsert Exists Borneo Tour, kalau penganjur ingin tampilkan Mamat bersama, jadi, kami akan tampilkannya. Kami berharap dua konsert ini akan mendapat sambutan baik peminat Sabah dan Sarawak yang merindukan kami,” katanya.

Konsert Exists Borneo Tour pada 17 Disember 2023 bakal diadakan di Borneo Convention Center, Sarawak dan pada 30 Disember 2023 pula, ia akan diadakan di Sabah International Convention Center. Layari www.ticket2u.com.my untuk pembelian tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Zul Ariffin Kepit Pinggang Farah. Apa Tandanya?

Walau pun keduanya tidak mengiya atau menafikannya namun daripada gambar yang dimuat naik sudah tentu ada bibit-bibit cinta yang sedang mekar.

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Hafreez Adam Nak Belanja ‘Datin’ Makan Char Kuey Teow?

Datin mana yang beruntung sangat tu??

Hiburan Thu, 23 May 2019

Agih Sumbangan, Izzmad Harun, Aiman Tino Anjur Projek Sahur

Semoga Allah limpahkan lebih banyak rezeki kepada Izzmad, Aiman dan Fara selepas ini. Amin…

Events Fri, 15 Feb 2019
Featured Mon, 18 Oct 2021

Percutian Rizalman Naik Jet Peribadi Ke Pulau Langkawi Curi Tumpuan

Percutian pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim bersama keluarga ke Pulau Langkawi mencuri perhatian warganet. Menerusi laman Instagram, Rizalman dilihat menaiki jet peribadi bersama anaknya untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Malah, terdapat ura-ura yang mengatakan […]

Fab Foodies! Wed, 12 Sep 2018

Nangka Ke Durian? Chef Selebriti Terkenal Ini Pula Dikecam Netizen

Bagaimanapun, gambar durian tersebut telahpun dipadam. Namun, netizen kan cekap jalankan kerja mereka!

Events Fri, 14 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Layak Ke Pentas Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 Ini?

Episod Separuh Akhir Pendakwah Nusantara Musim Yang Ke-6 hanya di TV3!