Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan bagi meringankan beban penduduk.

@khairulamingKelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir. Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana 🙏🏻♬ original sound – Khairulaming

“Kelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir. Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut, Aming memberitahu bahawa sebelum ini mereka menghantar bantuan makanan dan minuman kepada 500 orang penduduk memandangkan ketika itu banjir sangat teruk.

“Actually ini second trip bantuan banjir yang kita bawa ke kampung-kampung di sanalah. Yang first hari itu, kita bawa bantuan makanan dengan minuman untuk 500 orang penduduk sebab time itu lagi urgent,” katanya.

Menurut Aming, bantuan yang kedua yang diberikan merangkumi keperluan asas penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Macam sekarang, Alhamdulillah banjir dah mula surut. Jadi kita boleh bawa bantuan yang kedua pula. Which is bantuan keperluan barang-barang asas ni. Kita belikan bantal, toto, tikar, roti, kain sembahyang, kain pelikat, kain sarung, rice cooker, beras, sardin dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Terdapat beberapa kawasan telah mengalami kesan banjir yang teruk sehingga menyebabkan sesetengah rumah tenggelam dan ada penduduk yang mengalami kerosakan kenderaan.

“After effect, banjir itu sangat teruk dekat sana sebab ada rumah yang tenggelam sampai ke atap dan ada juga yang kerosakan motosikal dan kereta,” katanya.

Di akhir perkongsian tersebut, Aming memohon mereka yang berkesempatam untuk turut menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir.

“Jadi mereka sangat perlukan bantuan daripada kita semua. Harap you guys boleh bawa bantuan sekali, sedikit sebanyak kita boleh tolong dan kurangkan beban mereka di sana,” akhiri Khairul.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet megucapkan ribuan terima kasih kepadanya oleh disebabkan sikap prihatin terhadap mangsa banjir.

“Thank you bro sebab prihatin. Semoga dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah rasa berbaloi support Khairul Aming dan Sambal Nyet. Terima kasih,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 190,000 tontonan dan 21,000 tanda suka.

 Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan bagi meringankan beban penduduk.

“Kelmarin sebahagian dari team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan untuk salurkan bantuan banjir. Kita cuba bawa sebanyak mungkin bantuan untuk kurangkan beban mangsa banjir kat sana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran tersebut, Aming memberitahu bahawa sebelum ini mereka menghantar bantuan makanan dan minuman kepada 500 orang penduduk memandangkan ketika itu banjir sangat teruk.

“Actually ini second trip bantuan banjir yang kita bawa ke kampung-kampung di sanalah. Yang first hari itu, kita bawa bantuan makanan dengan minuman untuk 500 orang penduduk sebab time itu lagi urgent,” katanya.

Menurut Aming, bantuan yang kedua yang diberikan merangkumi keperluan asas penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Macam sekarang, Alhamdulillah banjir dah mula surut. Jadi kita boleh bawa bantuan yang kedua pula. Which is bantuan keperluan barang-barang asas ni. Kita belikan bantal, toto, tikar, roti, kain sembahyang, kain pelikat, kain sarung, rice cooker, beras, sardin dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Terdapat beberapa kawasan telah mengalami kesan banjir yang teruk sehingga menyebabkan sesetengah rumah tenggelam dan ada penduduk yang mengalami kerosakan kenderaan.

“After effect, banjir itu sangat teruk dekat sana sebab ada rumah yang tenggelam sampai ke atap dan ada juga yang kerosakan motosikal dan kereta,” katanya.

Di akhir perkongsian tersebut, Aming memohon mereka yang berkesempatam untuk turut menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir.

“Jadi mereka sangat perlukan bantuan daripada kita semua. Harap you guys boleh bawa bantuan sekali, sedikit sebanyak kita boleh tolong dan kurangkan beban mereka di sana,” akhiri Khairul.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet megucapkan ribuan terima kasih kepadanya oleh disebabkan sikap prihatin terhadap mangsa banjir.

“Thank you bro sebab prihatin. Semoga dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah rasa berbaloi support Khairul Aming dan Sambal Nyet. Terima kasih,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 190,000 tontonan dan 21,000 tanda suka.

 

Dharnieya Nur Amelsa