Bau Busuk Luar Biasa Bongkar Perbuatan Kejam Anak Kerat Ibu 15 Cebisan… Gara-gara Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka

Tidak berpuas hati dengan hasil pembahagian harta dipercayai punca seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh dan mengerat ibu kandungnya pada 15 cebisan.

Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 42 tahun membuang cebisan daging dipercayai anggota badan ibunya dalam tangki kumbahan di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar perak.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata, bau busuk luar biasa bongkar pembunuhan kejam yang dilaporkan oleh jiran tetangga.

“Kita mendapat panggilan daripada jiran mengatakan bau busuk yang luar biasa mengakibatkan pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

“Apabila kita pergi ke belakang rumah dan melihat ada papan lapis yang digunakan untuk menutup saluran lubang najis, kita jumpa body (cebisan mayat) di dalam itu,” katanya.

Difahamkan, suspek dipercayai membunuh ibunya (mangsa) yang berumur 68 tahun pada 28 atau 29 mei lalu iaitu semasa salah seorang anak mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya.

Mior Faridalatrash menambah suspek dipercayai mempunyai masalah mental selepas 20 tahun tidak menerima rawatan susulan.

Sumber: Utusan Malaysia, Harian Metro

Aqilah Paharuzi