Featured By: Aqilah Paharuzi March 31, 2022 @ 2:07pm

“Bella Beritahu Saya Dia Dicili, Dijirus Air Panas & Diikat” – Saksi Pertama #JusticeForBella

Pembantu pengurus syarikat swasta, Zuriaty Sudin yang juga merupakan rakan baik kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mendedahkan remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella ada meluahkan kepadanya bahawa dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat.

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan kejadian pahit yang menimpa Bella yang dilihat berada dalam keadaan trauma telah memaklumkan perihal kejadian itu ketika dalam ambulans menuju ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Semasa berada dalam ambulans ke HKL, saya bertanya kepada Bella apa yang terjadi. Bella yang memanggil saya ‘Mommy’ mengatakan dia dicili, dijirus dengan air panas dan diikat,” katanya.

Maklumat berkenaan telah dikongsikan di Mahkamah Majistret pada Rabu di Kuala Lumpur semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes Siti Bainun yang telah didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun.

Zuriaty, 39 yang merupakan saksi pendakwaan pertama itu telah mengenali Siti Bainun sejak 2015 memberitahu Bella dilihat tidak mampu berjalan dengan baik dan sukar bergerak kerana kakinya sakit.

“Saya nampak Bella macam tidak larat dan dia kata kakinya sakit, tapi saya tak boleh pegang sebab saya bimbang Bella mungkin dijangkiti Covid-19. Bella juga merujuk beberapa nama individu yang melakukan perbuatan itu terhadapnya,” kata saksi itu yang dilihat sebak semasa memberi keterangan.

Terdahulu, isu penderaan yang dihadapi oleh Bella yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tular di media sosial yang rata-rata daripada netizen menyeru keadilan buat insan istimewa ini.

Menurut laporan polis yang dibuat pada 24 Jun 2021 mendedahkan Bella mengalami kecederaan seperti melecur di bahagian tangan, dada, paha dan beberapa bahagian lain serta kesan luka lama terdapat pada tubuh badannya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 13 Aug 2018

Harga Semangkuk Sup Lagi Mahal Daripada Seekor Lembu?

Jangan terperanjat kerana setakat ini, hanya empat mangkuk sup berjaya dijual kepada pelanggan.Mungkin anda mahu jadi orang kelima? Jika ke China, apa kata jenguk-jenguk ke Restoran Niu Gengtian yang terletak di Shi-Jia-Zhuang. Mana lah tahu ada rezeki anda untuk rasa sup yang lebih mahal dari harga lembu ini kan…

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Cahaya Mata Sat, 31 Dec 2022

Sewa Kereta Mewah Untuk Sehari, Madammu Mengidam Naik Ferrari

Usawahan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu yang kini sedang hamil mengidam untuk menaiki kereta mewah jenama Ferrari. @eriyca.baiduri Sanggup TP Sewa Ferraro sehari semata mata Madammu mengidam! Mengada! #noirsyukur2022 ♬ original sound […]

Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
error: Content is protected !!