“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iddin di TikTok miliknya, memaparkan dia yang sedang menunaikan ibdah Umrah berkongsi pandangan mengapa manusia itu boleh pergi dari kehidupan seseorang.

“Bila kau tak hargai dia jangan tanya kenapa dia pergi.

“Jangan tanya kenapa dia berhenti mengejar, sebab apa waktu itu dia faham yang dia tak diperlukan that’s why lebih baik kita ni sedar diri daripada syok sendiri. Tak marah, nasihat.” ucap Iddin.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan berpendapat betapa pentingnya menghargai seseorang yang pernah hadir di dalam hidup kita untuk disayangi hingga ke akhir hayat.

“Entah lah bang habis usaha dah mengejar dan beria yang selama sembilan tahun lebih ni.

“Tak tahu lah dan tertanya-tanya dekat cermin dan doa sama ada aku ini diperlukan ke atau tidak sebenarnya.” tulis warganet

   

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 590,000 tontonan dan lebih 94,000 tanda suka.

 

Halimey Zamal