Buat Hebahan Cari Jodoh Dapat Permohonan Hampir 2,000 Jejaka, Netizen Dakwa Guna Google Form Untuk Pengumpulan Data Boleh…

Sejak hebahan mencari jodoh yang dibuat oleh seorang gadis viral di laman sosial Twitter, pelbagai persoalan dan pandangan timbul dalam kalangan netizen.

Malah, hantaran yang dimuat naik oleh rakan gadis berkenaan telahpun diulang kicau lebih 3,000 kali dan mendapat lebih 11,000 tanda suka sehingga kini.

Menurut rakan gadis berkenaan yang dikenali sebagai @Faye, rakan baiknya itu sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dan kini sedang mencari calon suami yang ikhlas dan serius untuk ke fasa seterusnya.

Menerusi hantaran tersebut, @Faye juga dilihat turut menyertakan pautan google form bagi mereka yang berminat untuk menjadi calon suami rakan baiknya itu.

Namun, selepas beberapa jam dimuat naik, pautan tersebut terpaksa ditutup semula akibat menerima terlalu banyak permohonan.

Melihat kepada keberanian dan ‘cara mudah’ anak gadis zaman sekarang mencari jodoh, rata-rata warganet tampil memberikan reaksi.

Isi Google Form untuk pengumpulan data boleh dipenjara 2 tahun dan denda tidak lebih RM300,000

Bukan itu sahaja, ada segelintir warganet menjelaskan, mana-mana pihak yang membuat pautan google form untuk tujuan pengumpulan data terutamanya tujuan komersial boleh melanggar seksyen 5(2) Akta Perlindungan Data peribadi 2010.

 

Salma Syahbuddin