“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat.

Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki.

Malah, ada juga di antara mereka yang bekerja dalam bidang yang biasanya dimonopoli oleh kaum lelaki.

Perkara yang sama dilakukan oleh seorang gadis apabila dia berani mengambil langkah untuk mencabar dirinya membawa lori besar.

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama @nuramiraelya, berkongsi mengenai seorang gadis sedang fokus memandu sebuah lori.

Wanita itu difahamkan mengambil lesen kelas E iaitu lesen membawa lori jenis Motokar Berat Kejur (Lori Rigid).

“Beranikan diri keluar dari zone selesa,” tulis kapsyen dalam videonya.

Video itu juga memaparkan gadis berkenaan sedang membuat latihan di atas bukit dengan bantuan beberapa tutor memandu.

Lebih mengagumkan lagi apabila gadis itu dilihat begitu tenang dan selesa memandu lori besar itu.

“Bukan biasa-biasa ni” – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat keberanian gadis tersebut dan mengatakan gadis itu bukan seperti gadis biasa.

“Respect sama awak sis”

Selain itu, ramai lelaki yang menulis komen mengatakan hormat kepada gadis itu kerana tidak semua perempuan ingin mengambil lesen membawa lori tersebut.

@nuramiraelya

Berani kan diri keluar dari zone selesa ✌🏻

♬ original sound – 𝑵𝒖𝒓 𝑨𝒊𝒏’ – 𝓐𝓲𝓷 𝓝𝓾𝓻 🕊

Perkongsian video itu telah mendapat lebih 308,800 tontonan dan 32,300 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

Marcella